Pages

Khamis, 4 Ogos 2011

Ikan Batu Kukus Ala Thai

Pagi ini sudah masuk hari keempat kita menunaikan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ini. Waktu imsak baru saja berlalu pada pukul 4.32 minit tadi. Menu sahur pagi ini, Amie kukus ikan batu.... minta maaflah kalau kedengaran nama ikan yang pelik-pelik begini. Amie rasa penjual ikan pun tak tahu apa nama ikan ini. Amie sempat bertanya, dan katanya nama ikan itu ikan hitam ( dalam hati Amie mengatakan bahawa penjual ikan itu berikan nama mengikut warna kulit ikan itu). Bila Amie terdiam seketika sambil merenung ikan tersebut, penjual ikan tadi menyambung, katanya ikan hitam itu sama dengan ikan merah (jenahak), cuma warnanya sisiknya sahaja yang berbeza. Ibu mentua Amielah orang pertama yang memperkenalkan ikan ini kepada Amie. Katanya, ikan ini namanya ikan batu. Amie masih ingat lagi, kali pertama Amie makan ikan batu ini, ibu mentua masak kukus. Isinya memang sangat lembut. Memang ada rasa ala-ala jenahak. Oleh sebab semasa membeli ikan ini memang sudah sedia dipotong, jadi tak dapatlah Amie nak sertakan gambarnya kali ini.



Kulit ikan batu ini sangat lembut dan berlemak! Nampak macam masih bersisikkan, tapi sebenarnya sisiknya sudah dibersihkan, cuma kulitnya kelihatan seolah-olah masih bersisik lagi.......


Bahan-bahan:
1 keping ikan batu - seberat 500 gram
1 sudu sos ikan
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili Thai
3cm halia - hiris
1 batang serai - diketuk
5 pickled lettuce - potong dadu
3 helai daun limau purut - hiris
1/2 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1/2 sudu tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1/2 kuntum bunga kantan - hiris
1/2 biji lada merah - hiris
minyak

Bahan kisar:
2 biji lada merah
3 biji cili padi
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
1/4 kuntum bunga kantan

Cara:
1. Sediakan periuk pengukus dengan air yang sedang mendidih.
2. Letakkan ikan di dalam dulang pengukus. Renjiskan sos ikan dan taburkan hirisan halia serta letakkan serai di atasnya. Kukus.
3. Sementara itu panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis semua bahan kisar sehingga wangi.
4. Masukkan serbuk pati ikan bilis, sos tiram, dan sos cili Thai.
5. Buka penutup periuk pengukus dan keluarkan dulang pengukus ikan. Tuangkan air kukusan ikan ke dalam kuali. Letakkan kembali dulang pengukus bersama ikan tadi ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 2 minit.
6. Masak seketika kuah tadi dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkannya.
7. Keluarkan ikan dari dulang dan letakkan di atas pinggan. Tuang kuah ke atasnya.
8. Taburkan pickled lettuce di atas ikan bersama hirisan bunga kantan, daun limau purut dan hirisan lada merah.
9. sedia untuk dihidangkan.

P/S: Jangan kukus ikan terlalu lama kerana isi ikan ini sangat lembut, selembut isi ikan jenahak.

29 ulasan:

  1. tak pernah makan ikan ni
    isinya lembut ye:)

    BalasPadam
  2. Kasih,
    iye....isinya selembut ikan jenahak.

    BalasPadam
  3. bestnye..boleh buat ni..thanks akak

    BalasPadam
  4. Salam Amie...waaaah lauk kukus gitu mmg sangat sedap..menyihat...resepi ala thai gitu..pasti terangkat berbuka kan... Tengok kuih tepung pelita tu pun..adeeeiii, siksassss rasa...hehee

    BalasPadam
  5. Nens,
    silakan cuba resepi ni... mudah, ringkas dan menyihatkan!

    BalasPadam
  6. mcm2 nama ikan kat sana ye kak.....ada yg tak pernah dgr pun...ikan steam mmg sedap ..suka2

    BalasPadam
  7. Salam Ummi,
    sesekali masak kukus pulak,

    dah lama kita ngidam nak makan tepung pelita nih! memang bantai habis... anak-anak pulak tak pandai makan, apalagi...semua Amie punya... he heheh

    BalasPadam
  8. Ida,
    kakak pun tak berapa tahu juga nama-nama ikan ni... entah betul entah tidak namanya begitu, he he he...

    BalasPadam
  9. salam kak amie...akak kalau lauk kukus cam gini...makan dgn nasi putih memang sedap time berbuka..boleh menambah nasi...muntat je lepas tu...heheheh

    BalasPadam
  10. Quinnie,
    kakak suka ratah je...isap-isap tulangnya... he he he..

    BalasPadam
  11. amie.. ingatkan ikan merah & jenahak je dlm family yg sama.. rupanya ada lagi sejenis dlm family yg sama ye.. hehe.. nampak sedap ikan kukus gini.. cuma kat rumah tu jarang masak ikan kukus sebab abang agak kurang sikit masakan kukus kecuali ayam kukus je dia boleh terima.. tp tengoklah nanti kot2 nak mencuba resepi ni mana tau tekak dia boleh terima pulak kan..

    BalasPadam
  12. Kak amie! waduh tengahri ni tengok makanan berkeroncong perut. hehe.. nmpk mmg sedap la ikan tu. isinya mesti lembut kan!

    BalasPadam
  13. tak pernah makan jugak ikan ni, tapi boleh guna resepi ni dan ganti dengan ikan lain pun bolehkan Amie..

    BalasPadam
  14. Salam kak amie!! sedapnyer nmpk ikan akak ni! kita kan kalau tgk org masak sume nmpk sedap sume terasa nak makan jerr! nanti kita balik mesia akak masakkan kita yg mcm dlm gmbr ni yerr hihihi...

    BalasPadam
  15. Madiha,

    Amie pun nak tahu apa nama sebenar ikan tu, memang keluarga jenahak sebab isi dan rasanya pun sama dengan jenahak, cuma kulit & sisiknya hitam dan bentuknya lebih montel & gemuk sikit dari jenahak...

    BalasPadam
  16. Asmara,
    memang isinya lembut, kukus pun tak boleh lama-lama takut hancur dagingnya...

    BalasPadam
  17. Ummi,
    boleh guna ikan lain yang lembut isinya seperti ikan merah atau jenahak, ikan putih dll...

    BalasPadam
  18. Ika,
    memang betul Ika, kakak pun suka tengok resepi orang.... rasa macam sedap sangatkan,

    haa...balik mesia nanti cari kakak di belah timur ye, bukan di belah barat he hehehhh... sebab belah barat rasanya takde ikan gini...

    BalasPadam
  19. salam akak amie.. macam2 nama ikan dia.. hihihi suka dengar tau .. ita tak tahu ada nama ikan2 git tahu ikan yang biasa je kak..sedap ikan kukus esok nak gi pasar harap ada la ikan yang sesuai nak beli

    BalasPadam
  20. Salam Ita,
    first time dengar dari mak mentua nama ikan ni ikan 'batu' kakak ingat tentu isinya keras macam batu, kemudian penjual ikan pulak kata namanya ikan 'hitam' .... apalah ada pada nama ye Ita, janji ikan tu sedapkan!

    kalau kena gaya masaknya, memang sedap resepi ikan kukus tau...

    BalasPadam
  21. Salam K.Amie..singgah sini jap,br blk dr Terawih.Ikan batu?x kenai la kak...hihi.Mungkin kt tpt atie panggil lain kot.

    BalasPadam
  22. Salam Atie,
    rajin Atie pi terawih...., masjid dekat kawsan perumahan kami melimpah ruah orang datang terawih, suami pulak lebih selesa terawih di kampungnya, jadi jauh sikitlah perjalanannya,

    lain tempat lain nama ikan tu kut...

    BalasPadam
  23. kak amieeeeee..sedapnya ikan kukus thai..mieza suka sngt! tapi tak penah kukus ikan batu..selalu ikan siakap atau ikan kerapu je..sonok kan dok sabah..ikan sana murah2 kan kak

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum Amie,
    First time dengar nama ikan ni, tak pernah makan lagi, tp kalu cam ikan merah mesti best tambah2 masak macam ni....berselera jer bila berbuka

    BalasPadam
  25. banyaknye jenis ikan...sampaikan ada ikan batu, nasibbaik isi lembut..kalau isi mcm batu alamat tercabut semua gigi palsuku...hehehe..gurau pagi jumaat...
    K.amie, sihat...

    BalasPadam
  26. Hai Mieza,

    ikan di sini memang agak murah berbanding di semenanjung tapi hanya ikan seperti kembung, cencaru dan yang sewaktu dengannya, ikan pari lebih murahlah, begitu juga sembilang sebab di sini orang tak berapa minat ikan ini, tapi kalau ikan kelas pertama seperti jenahak, dan seangkatan dengannya seperti tenggiri, ikan putih, siakap, kerapu memang ada harga tapi taklah melebihi RM20.00 sekilogram, kalau ikan merah di Lahad Datu RM18.00, sotong RM16.00, udang pun lebih kurang harga di pasar Sungai Buluh ... ada ikan yang murah ada ikan yang mahal juga...

    BalasPadam
  27. Wattie,

    kena makan ketika masih panas berwap....pedas2 lagi sedap!

    BalasPadam
  28. Ucu,
    Kak Amie sihat, tu sebab boleh makan ikan batu..hi hi hi,
    banyak ke tempahan kuih raya tahun ini?

    BalasPadam
  29. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    BalasPadam