Pages

Selasa, 2 Ogos 2011

Mee Kari

Ada macam-macam cara untuk menyediakan Mee Kari. Setengah orang bubuh santan, ada pula yang tidak. Ada yang campur dengan keledek, ada pula yang campur dengan kentang. Tak kurang juga yang suka masukkan kerang, dan ramai pula yang gunakan ayam. Macam-macam pilihan ada. Tepuk dada tanya selera! Oleh kerana petang tadi tiba-tiba suami minta buatkan Mee Kari, Amie gunakan sahaja bahan yang ada di dapur. Faham-faham sajalah, kalau dah menjelang petang... jalan pun sibuk, sesak.... nak keluar cari bahan pun kena fikir dua kali. Hasilnya, dapatlah kami sekeluarga berbuka puasa dengan menu Mee Kari gaya koboi seadanya....


Resepi asal Amie dapat dari rakan baik Amie yang mengendalikan 2 buah restoran masakan ala kampung di Pelabuhan Kelang dan Daerah Kapar. Oleh kerana resepinya sangatlah sempurna, tak dapatlah Amie ikut sepenuhnya. Misalnya, walaupun sudah ada rempah kari.... dia suruh Amie masukkan kulit kayu manis dan rempah lain tetapi kena goreng dulu tanpa minyak dan kemudian kisar halus. Hadooooiiiiii....! Sampai waktu berbuka nanti tak siaplah Mee Kari Amie. Di bawah ini Amie turunkan resepi Mee Kari versi kawan Amie tapi sudah diubahsuai ikut kepala sendiri......... dia tak guna santan ye, tapi lebihkan tomato! Katanya Mee Karinya memang menjadi pilihan utama pelanggannya.

Bahan-bahan:
400 gram mee kering / mee basah / mee kuning - celur, cuci dan toskan
400 gram daging ayam -potong kecil-kecil ( kalau guna kerang lagi sedap!)
5 biji Thai fish ball - celur dan potong 2
5 biji top shell fish ball - celur dan potong 2
5 keping tauhu kering - potong nipis
1 cawan taugeh
5 biji telur - rebus dan belah 2
5 biji limau kasturi
daun sup
bawang goreng
hirisan lada merah

Bahan untuk kuah:
7 sudu serbuk kari daging
2 sudu lada kisar
2 pelepah daun kari
1 biji keledek - potong dadu
5 biji tomato - belah 4
5 biji bawang merah - tumbuk
3 keping asam gelugur
5 biji bawang putih - tumbuk
3cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
serbuk pati ayam / garam dan gula secukup rasa
minyak
1.5 liter air

Bahan untuk sambal kicap:
10 biji cili padi
3 biji bawang putih
4 biji limau kasturi - ambil jusnya
4 sudu kicap manis Cap Kipas Udang
~tumbuk cili padi bersama bawang putih hingga lumat, kemudian campurkan dengan kicap dan perahkan limau kasturi~

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk, lada kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
2. Masukkan tomato, keledek dan daun kari serta asam gelugur. Biarkan tomato layu seketika.
3. Masukkan serbuk kari dan ayam.Gaul rata.
4. Apabila ayam telah layu, masukkan air dan biarkan sehingga daging ayam empuk, keledek dan tomato menjadi hancur.
5. Perasakan dengan serbuk ayam atau garam dan gula.
6. Letakkan mee kuning / mee basah di atas pinggan / mangkuk. Susun telur rebus, tauhu kering, Thai fish ball, top shell fish ball, taugeh dan lain-lain.
7. Tuangkan kuah ke atasnya dan hiaskan dengan daun sup serta bawang goreng.
8. Jika suka pedas, tambahkan sambal kicap sewaktu menikmatinya.



Seperti kelmarin, hari ini kami pun buka puasa duluan ya.....tepat 6.24 petang / malam. Bismillah.....

26 ulasan:

  1. 1st time jumpa mee kari tak taruk santan...kalau yg taruk keledek tu org panggil mee rebus la pulak kan? tapi kalau ikut cara masaknya, takde santan pon mcm sedap jugak ni..kuah jadi pekat dengan tomato.

    BalasPadam
  2. sebelum ini pun kakak selalu guna santan, tapi bila gantikan dengan tomato rasa lebih sedap, tak muak sebab berlemak, keledek tu saja bubuh untuk rasa manis.... tak bubuh pn takpe...

    BalasPadam
  3. ooo mee kari tak letak santan.. mesti rasa masam2 sbb banyak guna tomato ya..

    BalasPadam
  4. Salam Kak Amie..bleh try ni mee kari xde santan..xpenah rasa lagi..rasa masam2 tomato and pedas cili tu sedap kan..xlah muak sgt klu mkn..:=)

    BalasPadam
  5. waa best ni Amie, resepi mee kari tanpa santan,baik untuk kesihatan..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum akak amie cayang...
    a'aa ler kan akak.. kat labuan pun sama.. kalau dah kul 4 pm tu jangan ler ngada nak turun bandar.. mmg berbuka kat keta jer jawabnya nnt... memang sesak jalan masa bulan puasa nie..
    ermm.. mee kari yg akak buat tu mmg sedap ... lebih tomato yer akak.. pasti lg sedap kan akak..

    BalasPadam
  7. salam kak beza sikit je dengan jepun kami berbuka 550 petang waktu msia... :) akan buat mee kari juga insyaAllah untuk berbuka nanti lama tak buat..:)

    BalasPadam
  8. K. Nor,
    rasa kuah taklah berlemak sebab santan, dan memang ada rasa masam2 tomato...

    BalasPadam
  9. Yana,
    cubalah dik, dulu bila kawan kakak bagi resepi memang rasa pelik sikit sebab tak perlu bubuh santan, bila dah buat baru tahu rasanya tidak kurang enaknya....

    BalasPadam
  10. Ummi,
    alhamdulillah, memamg banyak resepi boleh dipilih untuk kesihatan, tomato pun banyak khaziat dan vitaminnya....

    BalasPadam
  11. Diana,
    kakak memang taubat tak mahu keluar rumah untuk ke bandar, apalagi hari cuti.... entah dari ceruk mana segala manusia dan kenderaan memenuhi Lahad Datu ni.... biarlah suami seorang yang pergi beli, kakak tulis je apa yang kakak mahu, walaupun kadang2 yang dibelinya tu tak menepati citarasa terutaman bahan-bahan basah,

    memang kena lebihkan tomato tertama yang masak ranum....

    BalasPadam
  12. Salam Juwita,

    maknanya awal sikitlah berbuka dari kami ye,

    makan mee kari sekali-sekala memang sedap Ita, makan ramai-ramai lagi sedapkan!

    BalasPadam
  13. salam amie..
    terliurnya tengok mi kari amie ni..
    maklong sampai la ni belum buat2 lagi.. bila lah nak rajin macam amie ni..

    BalasPadam
  14. bestnya mee kari...lain kali masak mee kari boleh cuba resepi akak ni pulak...:)

    BalasPadam
  15. salam ramadhan..bulan puasa ni klu msk guna santan memang tak jalan kat umah ni.

    BalasPadam
  16. Salam kak amie!! kita pun plan nak buat mee karii hari niii, ppsstt kita mmg gini awal2 nak kena pkir menu buka kalau tgh hari pkir nanti sume tak menjadik! hihihi..sedapnyerrr! lamaaaa sgt tak makan mee kari nak belek2 respei akak ni dulu kalau cukup bahan leh buat!

    BalasPadam
  17. Maklong,
    di sini jarang ada menu yang sama macam tempat kita Makong, kalau nak makan kita boleh beli di pasar malam atau restora.... tu sebab kena rajinkan diri buat sendiri... hik hik hik.... tak sabar nak balik kampung nih, nak pi pasar malam!

    BalasPadam
  18. Quinnie,
    dopersilakan dik....memang tujuan kakak untuk kongsi resepi di sini.

    BalasPadam
  19. Kak Ina kl,
    iyelah.... santan tu kalau sesekali makan memang sedap, kalau selalu kuranglah rasa enaknya ye...

    BalasPadam
  20. Ika,
    wah... tak sabar nak datang rumah Ika nanti, jangan lupa bagitau kakak kalau dah siap masak mee kari versi Ika yeee!

    BalasPadam
  21. Salam K.Amie..poberet atie nih!.nape x ajak atie brbuka kat umah akak semlm....

    BalasPadam
  22. Salam Ramadhan, K Amie...
    nurul pun 1st time jumpa mee kari x taruk santan... Kena try jg ni nak tau kesedapannya.. :)

    BalasPadam
  23. sedapnyaaaaaaaa kak! terus nak gi carik kat bazar balik nnt..nak buat mmg tak sempat...huhu...

    BalasPadam
  24. Azatie,
    udah kakak panggil kelmarin... ajak buka sama tapi Atie kata belum boleh buka puasa...sebab waktu kita tak sama... he he he... duluan buka ye Atie...6.24,

    BalasPadam
  25. Nurul,
    mee gaya begini tak muak tau.... cubalah, gunakan tomato masak ranum ye...

    BalasPadam
  26. Wahida,
    bestnya....nak makan cari je di bazaar, Kak Amie kena buat sendiri sebab di sini tak banyak pilihan terutama makanan dari semenanjung!

    BalasPadam