Pages

Jumaat, 8 Julai 2011

Ayam Mentega Rangup

Jumpa lagi untuk seketika.... tak boleh lama-lama sebab nak siapkan power point untuk ceramah esok pagi. Sempat masak resepi Diana dari Labuan, ayam mentega rangup. Terima kasih Diana bagi idea masak resepi yang enak ini.


Resepinya seperti di bawah, Amie copy paste dari dapur Diana. Cuma Amie tukar cili padi kepada lada merah sebab takut berasap telinga anak-anak tergigit cili tu.....

Bhn²
2 keping dada ayam _ d hiris
2 tangkai daun kari _ d hiris
4 biji cili padi _ d cincang
60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar _ d cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa


Cara²
  1. Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
  2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
  5. Angkat dan hidang.
Amie buat juga nasi goreng. Nasi goreng begini memang jadi kegemaran anak-anak, kerana dipenuhi dengan jagung. Jadi malam ini kami makan seadanya, disebabkan masa amat terbatas untuk Amie berleka-leka di dapur.


Ini kira ratah ayam saja ni......sedap tau! Marilah cuba....cuba makan, cuba buat..... dan sempat juga jenguk ke belakang dapur menziarahi pokok anggur yang sudah tidak dipedulikan lagi. Adalah juga buahnya beberapa biji tapi tak berapa sihat. Orang kata, pokok pandai merajuk kalau tak dipedulikan oleh tuannya.... haaa.. tengoklah, buah anggurnya pun seakan tunjuk perasaan, kontot dan tak sekata....  tahun ini sudah dua kali pokok anggur Amie berbuah.


 Yang di bawah ni pula gugus anggur yang baru berbuah. Di bawah buah yang kecil-kecil tu pula ada bunga anggur yang baru muncul.... agaknya kalau rajin dibubuh baca, disiram, dibelai dengan kasih sayang.... pokok anggur ini akan lebat berbuah!


Selamat malam semua! Jumpa lagi ......

18 ulasan:

  1. aih...kene jemput kak amie datang berceramah di sekolah nani jugak ni..heheh...

    rajin betol kak amie bertanam2 ye..elok pulak berbuah anggur tu di bumi LD yg sangat panas itew...

    dari semalam lagi terliur tengok resepi kak diana ni..kak amie dah buat, konfem sedap ni...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum akak...
    terima kasih kerana sudi mencuba resipi diana nie akak... :). harap akak sekeluarga suka... ;)

    wah akak.. rajin nya akak... ada tanam anggur.. dah berbuah plak tu... seronoknyaa...

    BalasPadam
  3. wah....cayalah...ada idea lain nak masak ayam ni...sonok la dtg blog kak amie.
    ceramah apa esok kak...

    BalasPadam
  4. kak amie dah try ye .. tula hari tu nampak gak kat rumah kak diana.. sedapnya kena buat ni...

    BalasPadam
  5. amie, ummi geram tengok buah anggur tu, rasa nak petik2 je...

    BalasPadam
  6. salam kak amie..
    wah~nampak sangat sedap..tambah menggoda dengan cili tu:)

    BalasPadam
  7. Nani,
    esok pagi jln ke felda sahabat 16, smk desa kencana, bagi ceramah teknik jawab spm utk moral,
    kesian pokok anggur tu... udah tak dipedulik,
    memang kak amie nak masak resepi ni semalam, tapi makan kenduri pulak di kg,
    konfem sedap!

    BalasPadam
  8. Diana,
    kak amie nak hantar sepiring ayam mentega kat umah diana, belum sempat sampai, diana dah sampai dulu umah kakak.... hehehhhh
    sedaplah, ada rasa manis2 gitu..., lain kali kak amie nak buat lagi..terima kasih byk diana!

    BalasPadam
  9. Nora,
    cuba resepi ni...mesti jilat jari punya!
    bagi ceramah utk budak2 spm-teknik jawab soalan...

    BalasPadam
  10. Juwita,
    cepat try.... nanti tertinggal plak... heeehehehh

    BalasPadam
  11. Ummi,
    boleh tanam bah....kalau ada benih, tanam elok2, tak sampai setahun berbuahlah dia...

    BalasPadam
  12. maira,
    memang sedap, amie letaklada merah... bukan cili api...tu pun dah rasa pedas

    BalasPadam
  13. salam k.amie...
    tersangat sakitnye hatiku ini bila tengok buah anggur tu...minta pokok anggur yg dah berbuah tu boleh...?

    BalasPadam
  14. Ucu,
    ha... boleh, dekat nak raya nanti kak amie bawakan benih anggur...tunggu di KLIA ye...

    BalasPadam
  15. ehhhh...berbuah dan subur pulak pokok anggur tu...heheheh jelesssss ni....

    BalasPadam
  16. MP,
    memang rajin berbuah.... tuannya aje yang tak rajin nak jaga.... hehhehhee

    BalasPadam
  17. Ayam mentega tentu sedap dimakan dengan nasi goreng.

    Bestnya ada pokok anggur kalau buahnya banyak nanti tak payah beli kat market lagi.

    BalasPadam
  18. Kak Zai,
    memang kena jaga elok2lah pokok anggur tu supaya rajin berbuah....

    BalasPadam