Assalamualaikum semua. Waktu imsak baru saja 3 minit berlalu. Di tempat Amie dijadualkan pada pukul 4.32 minit pagi. Keluar dari dapur realiti, masuk pula ke dapur maya untuk masukkan resepi bersahur sebentar tadi.
Sebelum tidur malam tadi Amie perap terlebih dahulu ayam. Resepi ini Amie ambil dari majalah SAJI keluaran Februari 2011. Pukul 3 pagi Amie bangun, masak nasi dan sediakan lauk mana yang patut dan juga goreng ayam di atas. Pukul 4 pagi, bangunkan anak-anak untuk bersahur. Di bawah ini Amie sertakan resepi Ayam Goreng Daun Kari.
Bahan-bahan:
500 gram ayam
200 gram serbuk kari daging- Amie gunakan 5 sudu sahaja
1 biji telur
400 gram tepung beras
6 tangkai daun kari - Amie gunakan 2 tangkai sahaja
400ml minyak masak - Amie lebihkan sebab mahu goreng tenggelam
garam secukup rasa - Amie bubuh gula sedikit
Bahan kisar:
4 ulas bawang putih
4cm halia
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
Cara:
1. Gaul ayam dengan bahan kisar, serbuk kari daging dan garam. Perapkan ayam selama 1jam. Lebih lama lebih enak - Amie perap pukul 11 malam masuk dalam peti sejuk dan goreng pada pukul 3 pagi.
2. Gaulkan ayam dengan bancuhan telur lalu saltkan dengan tepung beras.
3.Setelah minyak panas, goreng ayam dengan daun kari hingga garing dan kekuningan.
Ini menu pilihan anak bongsu. Siap pesan supaya gorengkan sosej dan sediakan sup jagung. bagus juga ideanya, sebab sup jagung itu dikira sebagai pembuka selera waktu bersahur! Wokey..... cukup sampai di sini dahulu...... nampaknya rakan-rakan di semenanjung sedang mula bersahur dan Amie undur diri kerana sudah masuk waktu solat Subuh pada 4.48 pagi. Selamat menjalani ibadah puasa!
Assalamualaikum akak..
BalasPadamselamat berpuasa akak amie cayang...
diana pun ada goreng sausage gak tadi.. permintaan anak diana gak... n masak lauk2 yg lain juga... ;)
assalamualaikum..
BalasPadamkak amie.. awal benor kat sana kan.. ye la pagi pun awal.. selamat berpuasa dan bersahur buat akaks ekeluarga.. aduhaii sedap lauk sahur tu kak.. memang dtg selera anak2 nak makan
Waalaikumussalam Diana,
BalasPadamselamat berpuasa juga Diana cayang.... alahai Diana, macamana bulan puasa ni memang sah ke kena gantung periuk? mesti kita rindu masakan Diana...
Waalaikumusalam Izah,
BalasPadammemang awal satu jam lebih... buka puasa pun awal juga, sup jagung tu diharapkan dapat buka selera anak2, alhamdulillah anak2 suka pulak buat sahur,... selamat berpuasa Izah...
Salam Kak Amie
BalasPadamAmie dah siap makan pun, saya baru nak masak.Itupun masak yang senang dan mudah je :)
Ixora,
BalasPadammasak ringkas dan mudah, makan waktu masih panas....Bismillah.
salam kak amie...
BalasPadamsedapnya ayam grg tu...makan panas2 mmg laju je kan...
Izan,
BalasPadammemang sedap dik... bila diperap, semua bahan meresap masuk, tu yang buat sedap tu...
dah ada keluarga ni mungkin kene masak mcm ni jugak la kot..skrg ni awal2 pose semangat lagi bangun sahur. bila dh tengah2 tu masing2 bawak masuk air kosong + kurma dalam bilik. kalau terjaga, telan aje yg tu..hahah...
BalasPadamNani,
BalasPadamitulah style kakak masa bujang dulu... he he hee.. kurma & air tu dah cukup, diet yang bagus tu tau... ikut sunnah nabi lagi..
meleleh ayaq lioq ni..
BalasPadam