Pages

Ahad, 10 Julai 2011

Award Dan Tag


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Petang Ahad begini tentu ramai yang sedang memanjakan  diri di hadapan televisyen, atau beraktiviti bersama keluarga, bersiar-siar anak beranak dan ramai juga yang ambil kesempatan untuk membeli-belah. Tak kurang juga sedang menghadap kain baju bertimbun minta disterika.... Hari ini Amie jalan-jalan sekejap ke rumah kawan-kawan dan sampai ke rumah Diana, dapat pula hadiah darinya. Amie pun bawalah  pulang hadiah dari Diana dengan gembiranya walaupun ada tugasan yang sedang menunggu. Tugasan itu tidaklah menyusahkan Amie malah Amie terima dengan hati yang terbuka kerana memberi peluang kepada Amie untuk lebih rapat dengan blogger yang lain. Amie dapat mengenali rakan-rakan secara lebih mendalam dan mereka pun tahu serba sedikit mengenai diri Amie. Amie hanya perlu senaraikan 7 perkara yang orang belum tahu tentang diri Amie. Okey... kawan-kawan, marilah duduk keliling Amie....dah mula nak berhikayat ni.... hehehhhhhee ... sebelum tu jangan lupa, minum dulu secawan kopi yang Amie sediakan di atas tu, kalau tak suka kopi boleh ambil secawan teh lemon di bawah ni, kalau tak minum teh lemon.... bukalah pintu dapur Amie, carilah mana yang boleh diminum ye...

7 PERKARA YANG ORANG BELUM TAHU TENTANG DIRI AMIE:

1. Amie dilahirkan pada 16 November 1968 ..... mana-mana yang terpanggil dirinya kakak tu, minta maaflah kalau Amie terlebih umur, di Bukit Cheraka, Jeram Selangor. Kiranya 7 tahun lebih tua dari Diana. Anak ke 6 daripada 9 beradik, 8 perempuan dan 1 lelaki. Semasa bersekolah tadika sangatlah penakutnya dengan semua orang sehingga bertukar ganti kakak-kakak menemani Amie. ..... Bonda berasal dari Bagan Datoh, Perak. Bonda berketurunan Jawa. Ayahanda pula dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ayahanda berbahasa Jawa dengan kami tetapi bersama nenda dan adik-beradiknya yang lain beliau bertutur dalam bahasa Melayu, tapi semua cucu bonda tidak pandai berbahasa Jawa.

2. Amie suka minyak wangi. Minyak wangi pertama yang Amie terima datangnya dari seorang kawan yang sama-sama menuntut di UM. Sempena hari jadi Amie yang ke 20, dia (Roiza) hadiahkan sebotol minyak wangi Sweet Honesty. Minyak-minyak wangi berikutnya Amie terima dari kakak sulung Amie. Kakak ni selalu ke luar negara, tinggal di Brazil selama 4 tahun, di New York pun 4 tahun, Paris dan entah mana lagi. Amie tak ingat jenama apa yang diberi tapi baunya.... masya-Allah, memang pati minyak wangi, Amie belum pernah jumpa di sini. Memang kalau berjalan dengan kakak sulung ni, macam-macam minyak wangi dia sarankan. pernah sekali hari raya Amie balik semenanjung, berbotol-botol minyak wangi dia bekalkan sampai ada yang tumpah dalam beg bagasi! Amie suka minyak wangi Elizabeth Arden, Green Pastel dan sebenarnya tidak semua jenis minyak wangi yang Amie suka. Amie hanya memilih minyak wangi yang lembut, ada bau tumbuhan, aroma lemon dan bunga-bungaan segar. Banyak jenis Amie pakai sampai tak ingat namanya. Yang terkini keluaran Avon: Today, Tomorror, Always: Diamond. Yang pasti....minyak wangi hanya Amie semburkan sekali sahaja..... waktu badan & pakaian dalam keadaan bersih, dan tidak berlebihan! ...... dan bilik Amie pun sentiasa wangi, bukan sahaja di rumah tapi juga di sekolah...... bukan kerana minyak wangi tapi sentiasa ada penyegar udara......Ooooooohhhhh panjangnya kisah minyak wangi! Jom .....cerita yang ketiga pulak....

3. Amie suka mencuba pelbagai jenis makanan asalkan halal, tolak batu & kayu. Rakan-rakan pun tak segan nak hulur makanan kepada Amie sebab Amie tak pernah tolak. Kalau banyak, bukan Amie seorang yang makan, tapi Amie bahagi-bahagikan. Jiran-jiran pun suka bagi makanan. Rugi tau kalau asyik  pilih makanan sebab kadang-kadang makanan tu sedap, kita tak mahu cuba! Dulu... waktu mula-mula sampai Sabah memang Amie tak berani nak makan dan beli makanan yang Amie tak pernah makan. Lama-lama, tambahan pula selepas kahwin, Amie dapat mengenali pelbagai jenis makanan tradisi di sini termasuklah makanan tradisi Bajau, Bugis, Idahan, Cocos, Timor, Bisaya, Visayah, Tator, Suluk, Buton .....macam-macam lagi! Kebetulan bapa mentua Amie bekas tukang masak pengurus ladang tembakau zaman pentadbiran British dulu. Banyaklah resepi barat yang beliau suka masak terutamanya lamb chop! Arwah mak mentua pula memang bekas ketua komiti kampung, dan merupakan ketua masak semasa kenduri-kendara. Banyak resepi beliau yang Amie sempat pelajari kecuali roti, kek dan yang berkaitan tepung! Itu memang memang Amie akui...... keras tangan! Pasal makan-makan ni ada tapinya tau...... ada tapinya ni... ... tak boleh makan telur penyu! Peristiwa ini berlaku pada tahun 1998.... waktu mengandung anak kedua. Belum masuk makanan lain, bangun tidur sarapan telur penyu.... entah berapa biji masuk perut,   tiba-tiba rasa mual.....uwwekkkk... muntah! Hiiiii..... tak mahu ceritalah! Sebenarnya sebelum itu memang makan telur penyu, dan sesudah peristiwa itu sehingga ke hari ini tak mahu pandang lagi telur penyu!

4. Ya... Allah! Panjangnya Amie bercerita ni! Okey ....tentang kemalangan macam Diana yang kena jahit itu, Amie ada cerita juga tentang kemalangan ni. Kemalangan pertama semasa di asrama  UM Seksyen 17 di Petaling Jaya tahun 1989. Amie lambat bangun pagi, semua kawan sudah pergi kuliah. Amie kelam kabut mandi kerana tandas licin, kaki Amie termasuk dalam lubang tandas yang sememangnya sumbing.... aduh!!! sakitnya Tuhan saja yang tahu......habis terluka sampai nampak isi tulang atas buku lali, ada kesannya sampai sekarang! Waktu itu hanya pada penyelia asrama sahaja Amie boleh minta tolong.... lupa dah namanya, handsome orangnya.....he hehehhh romantiknya! Dia papah kita dari tingkat 4 menuruni tangga, angkat bawa masuk kereta dan dibawa ke Klinik Pelajar UM. Kebetulan semasa dia tolak Amie gunakan kerusi roda, ramai pelajar UM pandang-pandang! Selepas itu timbul gossip.... itu boyfriend Amie, itu tunang Amie dan ada yang kata itu suami Amie! Hiii hiiiii.... apalah nama abang tu, dah tak ingat! Dia hantar Amie sampai ke bilik asrama, dan selepas itu segalanya hanya tinggal kenangan..... perasan jugalah masa tu! Kemalangan kedua, bersama suami dan anak sulung semasa ikut suami ke tempat kerjanya di Bukit Silam pada tahun 1996 dengan menaiki lori pick-up. Kereta Telekom Malaysia langgar kami dari depan. Suami sihat tak cedera, kulit kepala anak terkopek sikit. Pipi Amie terpaksa menerima 7 jahitan!...ooooh tak mahu ingat lagi! Dan ada satu lagi kemalangan yang tak mungkin dapat Amie lupakan. Semasa cuti semester, Amie balik kampung dan jatu h dari pokok jambu. Oleh kerana kepala Amie yang jatuh dahulu, rasanya macam dah nak mati sebab tengkuk Amie rasa terlipat, dan tak boleh bernafas! Amie dikejarkan ke Hospital Tanjung Karang. Ingat lagi...waktu Maghrib Amie kena x-ray sebanyak 4 kali, takut ada tulang yang patah. Doktor lelaki yang memeriksa Amie bertanya:
-  Sudah makan jambu? (alamak .... siapa yang bagi tahu Amie panjat pokok jambu ni?)
+ Sudah.
-  Makan di mana?
Atas pokok. (malunya......dengan jawapan sendiri. Doktor tadi senyum-senyum saja)
Teringat semasa di perkarangan hospital, pekerja hospital datang dengan troli untuk mengusung Amie masuk ke bilik rawatan.... sayup-sayup kedengaran suara.....ada anak dara jatuh pokok jambu!...... semuanya sudah 22 tahun berlalu!

5. Mungkin ramai yang tak tahu Amie suka menulis. Karya pertama Amie terbit dalam majalah Salina pada tahun 1988 bertajuk Sekuntum Bunga Kenangan. Puisi pertama Amie disiarkan dalam Berita Harian pada tahun 1989, bertajuk Harga Sebuah Puisi. Amie suka menulis tapi tidak ada disiplin yang ketat. Sekali-sekala saja hantar ke penerbitan. Cerpen terakhir ialah Nasi Lemak Buah Bidara, terbitan majalah Tunas Cipta tahun 2004. Puisi terakhir disiarkan di Daily Express pada tahun 2003 berjudul Cerita Ombak Kepada Pantai. Ada juga menghasilkan novel, yang pertama Menumpang Kasih Mengharap Sayang terbitan Marwilis Publisher tahun 1991 dan terakhir novel Teritip terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur terbitan tahun 2007 dan ulang cetak tahun 2009. Novel ini berlatarbelakangkan sejarah masyarakat Cocos di bawah pentadbiran British, dan mendapat hadiah penghargaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah Sempena 40 Tahun Sabah Merdeka Melalui Malaysia.  Novel ini memang Amie dedikasikan khas buat anak-anak Amie supaya mereka tahu sejarah asal-usul keturunan mereka. Beberapa tahun kebelakangan ini Amie tidak mampu menulis ..... bukan tidak ada idea tetapi komitmen terhadap tugas lebih diutamakan. bagaimanapun menulis memang salah satu 'makanan' dalam hidup Amie....
6. Amie sebenarnya kuat menangis! Bukan menangis kuat-kuat tapi pantang hati tersentuh... tapi bukan jenis yang suka merajuk tau!  Apa pun taklah sampai meraung-raung. Pakcik Amie kata hati Amie pendek. Pendek? Amie tabah orangnya tapi tak boleh dipisahkan dengan air mata! Kalau sedang menonton televisyen kisah sedih, memang Amie tak suka diganggu sebab Amie benar-benar sedang menghayati cerita itu. Rasanya airmata Amie banyak tumpah waktu petang, waktu masak sambil mendengar Rancangan ADILA. Bila menghayati kisah-kisah dalam ADILA....cukuplah! Tak perlu hantar coretan...... terasa kisah yang diperdengarkan pun sebahagian daripada kisah hidup kita! Satu lagi.... melalui program Jejak Kasih, Amie bersama rakan-rakan guru akan mengunjungi rumah anak-anak murid yang bermasalah, miskin dan sebagainya. Memang.... waktu sampai ke rumah mereka, bertemu keluarga murid tersebut.... Amie biasa-biasa saja, tapi....airmata itu tiba-tiba tumpah semasa memandu dalam perjalanan pulang ke rumah! Dan yang terakhir....
7.  Amie sangat suka membaca. Ada sebuah perpustakaan kecil di rumah Amie......anak-anak sepakat menamakannya sebagai Pustaka Bonda. Penuh dengan pelbagai bahan bacaan ilmiah, majalah dan buku cerita. Kalau Amie suka baca sesebuah buku, Amie akan ulang baca beberapa kali terutamanya novel seperti Magdalena, terjemahan oleh  Mustapha Lufti Al-Manfaluthi dari penulis asalnya iaitu Alphonse Karr pada tahun 1832 yang berjudul Sos Les Tilleuls atau Di Bawah Naungan Pohon-Pohon Tilia. Amie juga mengumpul koleksi tulisan HAMKA dan sangat menyenangi tulisan beliau dalam Kitab Tafsir Al-Azhar. Amie pun berminat dengan tulisan Pramoedya Ananta Toer, dan memang mempunyai koleksi tulisan beliau. Tidak ketinggalan juga koleksi buku cerita kegemaran Amie tulisan Enid Blyton....,dan  Hans Christian Anderson.  Semuanya Amie baca sewaktu di sekolah rendah, dan sekarang Amie buatkan koleksi untuk anak-anak pula!...


Di antara koleksi buku di Pustaka Bonda, terselit novel Teritip di hujung tu....

Nampaknya Amie telah melaksanakan tugasan dengan sebaiknya, jadi dengan penuh semangat setiakawan, (minta maaf kalau sudah ada yang kena tag, sebab Amie mungkin terlepas pandang! Amie senaraikan 5 nama yang terpilih melalui cabutan bertuah di bawah ini untuk menerima Beautiful Blogger Award!

 Ida

Okey.... Diana, sekarang Kak Amie bolehlah angkut award tu bawa balik ye. Kepada rakan-rakan yang tersenarai di atas, selamat menjalankan tugas!

35 ulasan:

  1. suke baca celoteh kak amie...wah! bab novel tu memang betol2 kagum la. kalau sy, memang langsung tiada bakat dalam menulis...kak amie ni mesti cikgu BM kan? kalo tak pon sastera. eheh

    BalasPadam
  2. Opsyen BM/Sejarah tapi kena ajar P. Moral... menulis itu kerana minat dan sedikit bakat....

    BalasPadam
  3. kena pangey cikgu amie la nie ek...kena ada bakat bab penulisan ni :)

    BalasPadam
  4. Ayu,
    he hehehe.... kat dapur panggil kakak aje, cikgu tu macam formal sangatlaaa.. hahahah...kang kalau ayu salah cakap kang, kena rotan pulak!

    BalasPadam
  5. Tarik napas panjang sy pas baca nih..hihi..
    part eksiden tu sy xleh..ngilu sket sbb ada pengalaman sndiri gak.hehe..
    jatuh pokok jambu pun sy penah gak kak..sbb ada ulat bulu banyakkkkk kat atas..masa panjat td x perasan..skali dah atas 'terpeluk'smthing berbulu2 dan tajam2 kan..tengok2..ayayaii,x sedar2 dah buat terjunan bebas..dah jatuh bawah baru aduhhh laa kann..sibbaik xde pth mematah sbb jatuh dlm posisi askar(ecece)

    apa2pun bakar menulis akak tu mmg terserlah dlm entri kali ni.hehe..tahniah atas penghasilan cerpen dan novel yg lalu tu..sy ni suka gak menulis..tp cerpen selalu x abis..novel xyah sebut la..cerpen selalu tergantung x tau nak buat ending camner.heheee..
    tu pun dulu2 laa skrg ni menulis kat blog jelah.ngee

    BalasPadam
  6. Salam kenal,
    ololo...kuat nangis yer...samelah kita...orng lahir tahun 68 ni sensitip kot...hehehe

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum akak...
    terima kasih kerana sudi terima award nie akak... seronok dapat kenal ngan lebih dkt lg ngan cara gini kan akak..

    diana cukup kagum ngan akak tau... rupa2nya akak dah pernah ada novel n cerpen yang telah d terbitkan... alangkah seronoknya jika diana dapat baca kesemuanya... diana pun minat ngan sastera juga akak cuma diana tak ambil bidang sastera semasa sekolah dulu... memang seronok sesangat ngan bab2 sastera tu...Tahniah buat akak..

    bab kemalangan tu plak mmg ngeri diana baca... tapi bab makan jambu tu... hehehhe.. tersenyum juga diana... hehehhe...

    BalasPadam
  8. salam K.Amie..makasih bagi award kat atie..dtg bawak lori nih!hihi.Wah!baca n3 award akak tu...baru ku kenali kakakku ini secara mendalam.Penulis ghupanya..tahniah gak,bkn calang2 tue....Insllh,lapang2 nanti atie buat yer.TQ kakak sayang...

    BalasPadam
  9. Salam Amie,
    Akak datang dengan muka yang yang monyok ni, nak kena buat homeworkla gamaknya ni.....huhuhuhu....kita tak pandai nak karang cerita...

    Suka baca kisah peribadi Amie dan tak sangka Amie ada bakat terpendam, tahniah ya. InsyaAllah ada masa akak gantung award tu...

    BalasPadam
  10. Hasue,
    terima kasih sudi baca n3 kak amie... lama tak kena ulat bulu nih.... terasa2 gatal dan bengkak2 kena bulunya ye... hihihi..,
    syukurlah sekurang2nya ada blog utk menulis walau sedikit, memang perlu disiplin diri yang tinggi utk menulis, di samping tambah pengetahuan dlm pelbagai bidang utk dikongsi bersama pembaca...

    BalasPadam
  11. Gee,
    syukur Allah kurniakan kita airmata ye.... kalau takleh nangis rasanya macam ada batu besar tersekat di dada.... aduh sakitnya!

    BalasPadam
  12. Diana,
    memang kak amie ngeri bab kemalangan tu, misalnya yg di Bukit Silam tu.... bertahun2 lamanya ambil masa utk hilangkan fobia.... he hehe, semua orang ada bakat, cuma kena buat pilihan... nak biar terpendam, dipendam atau dikeluarkan dan digilap....hi hihi

    BalasPadam
  13. Azatie,
    terima kasih sudi terima award tu.... siap bawak lori lagi ye.... bawa balik elok2 ye... kitakan penulis... semua pandai menulis... hehehehh

    BalasPadam
  14. Wattie cayanggg,
    sesekali tu buatlah homework lain dr main tepung..... kita seronok2 bah! ...amie pun tak mau pendam bakat...berat! Jom kita sama-sama kuarkan bakat tu...he hehehe belum cungkil bel;um tahu kan.... siannn dia kena dera...

    BalasPadam
  15. banyak juga perihal akak yg saya dapat dari entry ni.. sgt menarik cerita2 tersebut.. wah, penulis rupanya akak ni.. bestkan bila rumah dipenuhi dgn buku2..

    BalasPadam
  16. ramainya adik beradik akak..tentu seronok adik beradik ramai ni...

    tak sangka time sakit sempat lagi pandang handsome orang itu..hehehe

    BalasPadam
  17. Hanis,
    dulu kakak banyak masa untuk membaca sampai kekurangan bahan bacaan, tapi sekarang tak sempat nak baca pula..... buku & majalah yang dibeli pun tak sempat dibuka! sekarang ni bila sesekali dapat membaca sebuah buku ....seronoknya tidak terhingga!

    BalasPadam
  18. Mama Ema,
    memang seronok adik beradik ramai.... tapi bila teringat bonda yang tinggal keseorangan, tu yang buat airmata terus mengalir....heheheh cengeng!
    apa tidaknya, abang tu bujang lagi.....muda lagi, sungguh2 bantu kita....he hehe hee... kawan2 pulak sporting, bila nampak orang tu papah kita, angkat kita... yg lain senyum2 aje dari jauh, tak mau datang dekat atau tolong.... memang perasan jugaklah, puas nak ingat namanya.... tapi tak ingat lagi!

    BalasPadam
  19. wah seronoknya.semua kawan2 sporting belaka..seorang je yang di tag.habis semua terlibat..itu lah yg best nya blogger masak2 nih..
    kalian memang sporting..

    Eh!panjang betul kisah yg amue tulis tu namun akak serono kmembacanya..:)

    BalasPadam
  20. salam amie..

    sangat best baca kesah amie.. seperti dapat mengenali dengan lebih dekat lagi..

    maklong nak tumpang tanya.. bagan datok kat kampung apa ye..? sebab mak maklong pun orang sana.. maklong dibesarkan di sungai batang oleh keluarga angkat.... tapi mak maklong tinggal kat sungai tiang darat..

    BalasPadam
  21. Kak Anim,
    terima kasih sudi baca n3 amie... inilah kita ye... kalau dah borak2 tu tak pandai nak berhenti... hehehehhh

    BalasPadam
  22. Maklong,
    terima kasih sudi baca,
    kalau tak silap bonda lahir di batu 3 atau batu panjang di bagan datok( ada ke tempat tu ekk), kemudian pindah ke Rantau Panjang, Kelang... lepas nenek meninggal (umur bonda 8 tahun masa tu), bonda pindah ke Bukit Cheraka, Jeram.... adapun keluarga bonda yang lain termasuk kakak bonda tinggal di Hutan Melintang, ada yang di Tapah road, Bota...itu aje yg amie tahu latar belakang bonda.

    BalasPadam
  23. ish, ngeri la baca akak kemalangan kat toilet tu, saya baca terus saya pening kak..huhu...

    BalasPadam
  24. Wahida,
    first time kena jahit.....2 minggu jalan dgn kaki tempang!

    BalasPadam
  25. Salam..best baca cerita K.Amie..
    Hebat sungguh orangnya, memasak pandai, menulis pun pandai!Ada novel sendiri lagi..kagum sungguh dan berbangga dpt berkwn dgn seorg penulis!

    BalasPadam
  26. Mamanajmi,
    terima kasih sudi berkawan dgn Amie....moga persahabatan kita berpanjangan dan sama2 manfaatkan dunia masakan maya kita....

    BalasPadam
  27. Salam k.amie!!!! kagumnya dgn akak dah ada buku hasil karya sendiri..hebat!!! bab nangis tu samal ah kite...senang sgt menitis airmata bl tersentuh...nway menangis tu salah satu cara untuk mencuci mata kan...tp klu selalu sgt x elok juga...

    BalasPadam
  28. k.amie...komen yg skano.ca kt atas tu E-na la...hihiii terguna akaun hubby plak...;p

    BalasPadam
  29. bestnyer baca kisah akak ni...ada juga 2-3 persamaan dgn saya kak..haha tapi saya tak pandai nk menulis dan mengarang...hehe

    BalasPadam
  30. Ena,
    sesekali tersasul best jugak.... ,
    syukur kita ada airmata, he he he... betul tu ena, buang air mata kena berpada-pada.... nanti kehabisan airmata lagi parah ye!

    BalasPadam
  31. Nieza,
    sape kata Nieza tak pandai menulis & mengarang.... tu yang penuh satu blog tu bukankah hasil kreativiti buah tangan Nieza... he hehehhh

    BalasPadam
  32. dapat award yer...congrats...!!

    BalasPadam
  33. seronok sy baca post ni tak sangka eh terkejut sy baca part accident tu sgt ngeri...huhu akak sgt tabah!

    BalasPadam
  34. Hanis,
    bab accident memang ngeri apabila dikenang semula.... fobia!

    BalasPadam