Pages

Rabu, 8 Jun 2011

Ikan Siakap Panggang

Sumber  :    Kompilasi Masakan Sarawak (Alaf 21 Sdn. Bhd)
Resepi   :    Siakap Panggang
                  Chef Sarji Ramli

Masih ada kesempatan untuk membelek dan mencuba resepi baru walaupun hanya tinggal 4 hari sahaja lagi untuk kembali bertugas. Kali ini Amie cuba panggang ikan siakap mengikut citarasa masakan Sarawak. Bagaimanapun ada beberapa bahan yang Amie tidak gunakan misalnya penggunaan taucu dalam sos pencicah ikan panggang. Yang lain Amie ikut termasuklah menggunakan kunyit hidup, cuma Amie terlupa untuk taburkan hirisan daun kunyit atas ikan panggang sewaktu proses membakarnya.  Dan satu lagi, Amie tak taburkan serbuk belacan seperti dalam arahan resepi asal. Maklumlah, ikut resepi kena panggang atas bara api, senanglah nak tabur itu ini, sedangkan Amie bungkus dengan daun pisang dan bakar dalam ketuhar.... malas nak buka tutup daun pisang....... Oleh kerana perlukan kunyit hidup, berjengket-jengketlah Amie ke belakang dapur mencari rumpun kunyit.... adeehhhhh susahnya nak cabut isi kunyit sebab tanahnya keras. Habis rumpun kunyit kena cabut tapi isinya tertinggal di tanah.... weeehhhh sakit hatiku... tiba-tiba terpandang segugus kecil buah anggur di celah daunnya yang lebar-lebar berhampiran rumput kunyit. Wow.... anggurku berbuah lagi tanpa kusedari. Nampaknya tahun ini sudah masuk kali kedua dia berbuah... yeayyyy... dapat tangkap gambar segugus tapi nak masuk ke dalam lagi untuk cari gugus yang lain... takuttt... ada kerengga bah!


Ini dia gugus kecil anggur yang Amie jumpa di belakang dapur petang tadi.



Wokeyyy...... di bawah ini Amie tuliskan resepi asal siakap panggang dari negeri Sarawak.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (buang sisik dan perutnya - dibelah 2)
1 helai daun kunyit (dihiris)
1 sudu lada hitam (dipecahkan)
1 sudu teh belacan - bakar dan jadikan serbuk
sedikit asam jawa
1 sudu makan garam

Bahan kisar - tumbuk:
10 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4cm kunyit hidup
3cm halia

Bahan sos:
3 biji jus limau kasturi
2 biji cili merah - dihiris nipis
1/2 cawan kicap manis
1 sudu makan taucu
1 sudu teh belacan - bakar dan jadikan serbuk

Cara:
1. Gaul ikan dengan bahan kisar, asam jawa dan garam. Perap selama 3 jam.
2. Bakar ikan di atas bara api sehingga setengah masak, Taburkan serbuk belacan sedikit-sedikit - Amie tak buat.
3. Apabila ikan hampir masak, taburkan hirisan daun kunyit - Amie tak buat.
4.Satukan semua bahan sos dalam satu mangkuk dan gaul sebati - Amie tak bubuh taucu.
5. Hidangkan ikan panggang bersama dengan sos.



Memang sodap! Berpeluh2 kami sekeluarga menghabiskan siakap panggang nak seekor nih!

8 ulasan:

  1. Siakappppppp
    Sedapnya akak...
    Selalu grng jer jrng mkn bkr sbb somi x brpa suka x leh meratah tulang2 if bakar....Kali grng rangup gitew kan

    BalasPadam
  2. saye tak mkn ikan siakap...tp anak2 suke...

    BalasPadam
  3. lady ayu,
    mcm2 citarasa kan...he he..kak amie semua bedallll...tulang pun kalu boleh bedal sekali...

    BalasPadam
  4. ainnoraini,
    iye... kdg2 kena masak lebih satu lauk utama sbb kita suka, suami tak suka, suami suka anak pulak tak suka...

    BalasPadam
  5. salam kak.. thanks singggah blog saya.. sukanya siakap.. lama tak makan ikan ni..

    BalasPadam
  6. nampak menyelerakan..!!
    nak kena buat jugask ni.. selalunya buat masak kukus je.. hehe..

    BalasPadam
  7. maklong,
    nampaknya amie dah ada geng ikan siakap nih..hehehe

    BalasPadam