Pages

Isnin, 16 Mei 2011

Mee Hoon Goreng Udang Kering

Selamat Hari Guru 2011... Amie tak sekolah hari ini. Kami cuti peristiwa. Dua anak bujang pun tak sekolah sebab sama sekolah dengan Amie. Anak bongsu saja yang bersekolah. Suami pun ambil cuti, jadi awal2 lagi si bongsu dah pesan minta mummy & baba hantar dia ke sekolah. Dah hantar ke sekolah, kami dua laki bini pun pergilah ke pasar sekejap. Tengok suasana selain pagi Ahad. Suami nak beli makanan tapi Amie kata biarlah buat sarapan di rumah saja. Sebenarnya, si dia teringin makan mee hoon goreng dengan udang kering sebab tempohari Amie masak, tapi tak sempat pula si dia bersarapan di rumah. Pagi ini Amie sediakanlah untuknya..... tapi tukang gorengnya bukan Amie.


Sama saja bahan yang digunakan dengan yang lepas-lepas, tapi yang ini Amie tambah sotong atas permintaan anak bujang Amie. Nampaknya matahari sedang elok memancarkan vitamin D dari celah2 tingkap dapur...... terjatuhlah cahayanya menimpa sayur.....



Amie gunakan mee hoon 4 segi seperti dalam gambar di bawah. Rendam dulu sekurang-kurangnya 30 minit dengan air...guna air paip.



Kemudian toskan airnya....



...dah sedia untuk dimasak, tapi kita lihat dahulu apa bahan yang patut ditemankan bersama mee hoon ini. Pagi ini tiba-tiba anak bujang kedua rajin pula turun ke dapur... biarlah dia masak, walaupun anak lelaki perlu juga ada pengetahuan masak memasak ni. Jadi dialah tukang goreng mee hoon pagi ini...



Selain mee hoon (9 keping), sediakan juga:
1/2 cawan udang kering (rendam)
10 ekor sotong (bersihkan dan potong ikut suka)
4 tangkai sayur sawi
5 biji bawang merah (tumbuk)
5 biji bawang putih (tumbuk)
10 biji cili padi (tumbuk)
1/2 sudu serbuk pati ayam
3 biji telur (buat hiasan - scrambled)
minyak



Malas nak tumbuk lada kering macam hari tu, kisar saja bersama bawang-bawangnya sekali, dan sayur sawinya tu masih segar baru dibeli di pasar pagi tadi. Ha... sekarang anak bujang Amie dah sedia nak masak. Mula-mula panaskan sedikit minyak. Tumis segala bahan tumbuk hingga pecah minyak dan kemudian masukkan udang kering pula.



Dia pun bukan main seronok goreng-goreng begini dan ...lepas tu masukkan pula sotong.


Masukkan pula sayur sawi, dahulukan batang sawi dan kemudian daunnya...



Bila sayur sawi dah layu, masukkan mee hoon. Gaul rata.



Tambahkan serbuk pati ayam atau garam sesedap rasa. Dah siap... boleh hidangkan bersama apa-apa bahan yang disukai.

3 ulasan:

  1. Assalamulaikum Amie

    Alahai.. kak ct ni kalau tengok mee hoon grg, macam termengidam nak makan.. hehehe. ada juga beli sebungkus tu hari, tapi tak tahu bila nak memasaknya :D

    terima kasih amie sebab sudi ambil VVIP DDCT tu ya :DD

    BalasPadam
  2. ct delima,
    ada apa2 ke ni...he he he

    BalasPadam
  3. Balik kerja ni gerenti masak.. Heheh

    BalasPadam