Pages

Isnin, 16 Mei 2011

Ikan Terubuk Panggang

Selamat petang semua... dah makan tengahari ke belum? Alhamdulillah... Amie sekeluarga dapat makan tengahari semeja bersama-sama. Amie masak 2 jenis lauk hari ini... ikan terubuk panggang dengan dalca tulang lembu. Anak-anak tak suka makan tulang, jadi Amie sediakan ikan panggang untuk mereka, tapi bila dah terbau aroma dalca, tak sabar-sabar mereka nak makan. Kita cerita tentang ikan terubuk panggang dulu ye. Sebenarnya ikan terubuk di sini tak sama dengan ikan terubuk Sarawak dan semenanjung. Di sini tak ada ikan terubuk yang biasa kita makan. Di bawah ni nanti Amie sertakan gambar ikan terubuk Sabah untuk tatapan semua....


Caranya mudah saja... Amie terpaksa potong ikan terubuk sebab panjang sangat, lebih 1kg. Pangganglah macam biasa..., kali ini Amie sediakan pencecah budu pula. Hiris bawang dan lada atau cili padi, perahkan asam limau, siap untuk dihidangkan untuk tengahari. Ha... yang di bawah ini rupa ikan terubuk Sabah.



2 ulasan:

  1. salam amie..sedapnya terubuk bakar..walaupon byk tulang tapi sedap di makan..Hikhik

    BalasPadam
  2. tie.... mmg sedap, lagilah kalau panggang sampai leleh minyak...

    BalasPadam