Pages

Khamis, 7 April 2011

Scrambled Egg With Sardine & Mayonnaise

Assalamualaikum semua... he he... teringin makan ikan, tapi tunggulah dua tiga hari lagi... apa pun untuk layan perut sebab dah lama tak jumpa ikan, buatlah sesuatu yang berkaitan dengan ikan. Apalagi kalau bukan ikan dalam tin... sardinlah! Resepi Amie kali ini yang ringkas-ringkas saja, terutama pemilihan bahan seperti telur. Apa tidaknya, telur takperlu disiang seperti ikan...kena buang sisik, perut dan segala macam yang lain. Ikan sardin pun, cuma perlu buka penutup tin saja. Wokey...ditanggung cepat dan sedap!


Bahan-bahan:
5 biji telur
1 tin kecil ikan sardin (hancurkan)
1 labu bawang besar (cincang)
2 biji lada hijau (hiris nipis)
1 biji tomato (cincang)
3 sudu mayonis
secubit garam
3 sudu mentega

Cara:
1. Pecahkan telur dan pukul bersama hingga kembang.
2. Masukkan semua bahan di atas dan gaul sebati.
3. Panaskan mentega dan tuang adunan ke dalam kuali perahan-lahan sambil dikacau supaya telur menjadi hancur.
4. Masukkan mayonis dan kacau lagi hingga sebati.
5. Angkat dan hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan