Pages

Khamis, 7 April 2011

Daging Puyuh Masak Sos Hoisin

oooooh...masih ada lagi beberapa ekor daging puyuh. Nanti simpan terlalu lama, hilang pula rasa sebenar daging itu. Amie masak dengan sos hoisin. Ada lebihan dua biji ubi keledek, Amie campur sekali bersama beberapa kuntum snow jelly-fu.


Bahan-bahan:
3 ekor daging burung puyuh (belah 2)
2 biji ubi keledek (potong dadu)
5 kuntum snow jelly-fu (rendam hingga kembang)
5 biji bawang putih (tumbuk)
5 biji bawang merah (tumbuk)
1.3cm halia (tumbuk)
1/2 sudu pati asam jawa (bancuh bersama 150ml air)
1 sudu lada putih (tumbuk)
3 sudu sos hoisin
3 sudu sos soya
1 sudu serbuk pati ayam
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang,putih, bawang merah serta halia hingga wangi.
2. Masukkan daging puyuh dan balik-balikkan seketika sehingga layu.
3. Masukkan lada putih bersama air pati asam jawa dan biarkan mendidih sehingga daging puyuh hampir empuk.
4. Masukkan ubi keledek dan snow jelly-fu. Biarkan lagi selama 5-6 minit.
5. Tuangkan sos hoisin dan sos soya.
6. Masukkan serbuk pati ayam.
7. Apabila sedang elok masaknya, bolehlah angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan