Pages

Ahad, 3 April 2011

Masak Lemak Pucuk Manis Dengan Ubi Keledek

Memang sedap kalau dapat makan masak lemak putih..... terasa aroma santan kelapa (bukan serbuk santan ye...). Masih lagi terlewat masukkan dalam blog, tapi Amie tak mahu tinggalkan resepi ini begitu saja, sebab selain dah lama tak masak@makan lauk begini.... sebenarnya resepi ini mengundang rasa rindu masa dahulu..., memetik sendiri pucuk manis, mencabut keledek di kebun dan memarut kelapa..hmm..., memang amat nostalgik.



Bahan-bahan:
2 biji keledek (potong dadu)
1 cekak pucuk manis
200 ml santan pekat
garam & gula

Bahan tumbuk:
15 biji cili padi
1/2 cawan udang kering
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah

Cara:
1. Rebus ubi keledek bersama 200ml air.
2. Masukkan semua bahan tumbuk dan biarkan sehingga ubi keledek empuk.
3. Masukkan santan pekat dan apabila mula mendidih, masukkan pucuk manis.
4. Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
5. Masukkan garam dan gula.
6. Masaklemak sayur pucuk manis dengan ubi keledek sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan