Pages

Ahad, 3 April 2011

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum semua..... minta maaflah kalau menyinggung sikit, ini akibat terikut2 cakap kawanlah ni....  beberapa hari lepas Amie terjumpa kawan semasa membeli-belah. Amie tanya, beli apa untuk lauk masak hari ini? Apa jawabnya.... masak ayam je, tak berani makan ikan sebab tsunami, banyak orang mati...... alamak, tiba-tiba Amie pun terbayang sesuatu. Inilah kalau fikiran tak rasionalkan, balik rumah tak mahu sentuh ikan sebab teringat dongeng kawan tadi. Hmmm.... nampaknya minggu ini asyik masak ayam saja.... harap rakan2 pengunjung janganlah terpengaruh dengan dongeng ini, sebab imaginasi Amie tu jauh sangat dah.... he he, oklah... di bawah ini gambar ayam masak lemak cili padi... (masakan ini bertarikh 29 Mac tapi hanya sempat masuk blog pada 3 April).


Bahan-bahan:
500 gram daging ayam (potong 10 bahagian)
200ml santan pekat
200ml santan cair
1/2 batang lobak (potong ikut suka)
1 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu pati asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
2 kuntum bunga lawang
5cm kulit kayu manis
minyak
garam & gula

Bahan tumbuk:
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
15 biji cili padi
1/2 sudu ketumar
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk bersama serai, daun limau purut, serbuk kuniyt, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan daging ayam dan gaul sebati hingga layu.
3. Masukkan lobak merah.
4. Masukkan bancuhan pati asam jawa diikuti dengan santan cair. Biarkan mendidih.
5. Apabila daging ayam hampir empuk, masukkan santan pekat, garam dan gula.
6. Masak sehingga daging ayam masak.
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

~ Ini resepi bonda .... yang sangat mementingkan supaya daging ayam di tumis dahulu hingga layu dan sebati bersama rempah ratus, kata bonda supaya tidak bau hamis @ hanyir~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan