Pages

Khamis, 3 Mac 2011

Steamed Milkfish with Shiitake Mushroom

Malam ini suami, anak kedua dan si bongsu makan malam di kampung, rutin setiap hari Khamis malam Jumaat...... Amie asyik bersin dan mula sakit kepala, mungkin seharian di dalam Bilik Gerakan menghadiri kursus HEM & Pengurusan Disiplin anjuran Jabatan Pendidikan Sabah, di Pejabat Pelajaran Daerah, penghawa dingin terlalulah dinginnya dan kebetulan Amie terkena hujan pagi tadi dan kelmarin. Waktu Amie kecil2 dulu, arwah ayah wajibkan kami mandi air panas apabila kami terkena hujan, arwah yang jerang air dan arwah juga yang mandikan kami dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sayangnya, amalan tradisi ini Amie lupakan, dan patutnya Amie sedar hujan zaman sekarang ini penuh dengan segala kotoran yang dibawa dari muka bumi...., dah terkena hujan sepatutnya bersihkan diri seperti amalan arwah ayah....al-Fatihah buat ayahandaku.... amin...
Malam ini Amie sempat sediakan ikan baulu masak kukus dengan cendawan shiitake untuk anak sulung Amie seperti di bawah....


Bahan-bahan:
2 potong ikan baulu
7 kuntum cendawan shiitake saiz kecil (rendam & belah 2)
3 cm halia (hiris nipis)
3 biji bawang putih (hiris nipis)
1 sudu sos ikan
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1/2 sudu serbuk pati ikan bilis
1/2 sudu pati asam jawa
1/2  sudu tepung jagung (bancuh dengan 3 sudu air)

Cara:
1. Letakkan ikan di atas dulang pengukus dan susun halia serta bawang putih di atasnya.
2. Renjiskan sos ikan di atas ikan.
3. Susun cendawan shiitake di sekeliling ikan.
4. Kukus ikan selama 15 minit.
5. Keluarkan air kukusan ikan dan teruskan mengukus.
6. Campuran air kukusan ikan bersama sos tomato, sos tiram, serbuk pati ikan bilis, pati asam jawa serta bancuhan tepung jagung.
7. Didihkan sos di (7) hingga pekat.
8. Keluarkan ikan yang dikukus dan tuangkan sos di atasnya.
9. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan