Pages

Selasa, 29 Mac 2011

Sayur Bunga Matahari

Masak bunga matahari ke? Taklah.....cuma susun sayur ala-ala bunga matahari. Ini dapat idea dari buku masakan D.I.Y Masakan Cina Halal. Cuma Amie tidak guna sepenuhnya bahan yang disarankan, sebaliknya Amie gunakan saja bahan yang Amie ada... tu sebab kelopak bunga matahari Amie warna hijau, kalau nak cantik... gunakan / susun babycorn tapi Amie hanya ada sawi. Jadilah.....kan.


Bahan-bahan:
3 batang sawi (ceraikan pelepahnya)
4 kuntum cendawab shiitake (rendam)
1/2 batang lobak merah (potong bulat)
3 cawan air rebusan ayam (toskan dan tinggalkan pelbagai perencah ayam)
1 sudu sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu minyak bijan

Cara:
1. Didihkan air rebusan ayam. Celur sawi hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Celur cendawan shiitake dan lobak. Angkat dan toskan.
3. Susun satu persatu pelepah sawi mengelilingi pinggan.
4. Letakkan susunan bulatan lobak merah dan letakkan cendawan shiitake di bahagian tengah.
5. Ambil 1/2 cawan air rebusan ayam dan gaul sebati dengan sos tiram, tepung jagung serta minyak bijan.
6. Didihkan sebentar hingga kuah pekat.
7. Tuang kuah / sos di atas sayur bunga matahari.
8. Sayur bunga matahari sedia untuk dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan