Assalamualaikum..... petang ni nak masukkan resepi rebung tumis dengan ikan tenggiri kering. Sebenarnya ini masakan kelmarin tapi tak sempat nak upload gambar. Ringkas sahaja masakan ini tapi enak dimakan bersama nasi panas.
Bahan-bahan (dihiris nipis)
1 mangkuk rebung
1 potong ikan tenggiri kering
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
3 biji lada hijau
3 biji lada merah
1 sudu serbuk pati ikan bilis
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan hirisan ikan tenggiri kering dan gaul rata.
3. Masukkan hirisan lada merah dan lada hijau serta rebung.
4. Balik-balikkan selama beberapa ketika.
5. Masukkan serbuk pati ikan bilis.
6. Apabila sedang elok masak, bolehlah diangkat dan segera dimakan bersama nasi panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan