Pages

Selasa, 22 Mac 2011

Puyuh Goreng Berempah

Assalamualaikum semua.... asyik upload makanan negara jiran, sampai terlupa pula nak masukkan masakan sendiri. Petang tadi Amie sempat masak burung puyuh. Dalam perjalanan pulang dari Jakarta, kami terpaksa bermalam di LCCT. Sempat Amie balik kampung jumpa Bonda walaupun lewat pukul 2.30 pagi. Pukul 10.00 pagi terpaksa berangkat semula ke LCCT. Macam-macamlah bekalan yang disediakan termasuk kerepek,keropok, kuih pau, dan Bonda tidak lupa sediakan dua bungkus burung puyuh. Bonda mahu goreng tapi Amie kata biarlah bawa ke Sabah dalam keadaan beku. Ha... 7 ekor burung... masuk dalam kuali... puyuh goreng berempah la....


Bahan-bahan:
7 ekor daging puyuh (potong/biarkan bulat)
minyak
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 sudu lada putih (tumbuk)
garam

Bahan kisar:
5 batang serai
3cm halia
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah

Bahan kisar kasar:
1 sudu ketumbar
1 sudu jinta putih
1 sudu jintan manis

Cara:
1. Gaulkan daging puyuh dengan semua bahan dan perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak yang banyak dan goreng daging puyuh dalam keadaan tenggelam.
3. Goreng hingga kuning kemerahan dan angkat bersama bahan perap yang telah garing.
4. Daging puyuh goreng berempah sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan