Kami menginap di Grand Serela Hotel yang terletak di JI. LLRE Martadinata (Riau) 56 Bandung.
Ehsan : Google
Ehsan : Google
Ehsan : Google
(dikemaskini pada 14 Ogos 2016)
Hotel bertaraf 4 bintang ini turut menyediakan pelbagai jenis sarapan pagi yang enak... Sebenarnya memanglah siapa pun tak larat nak telan semua, tapi Amie ambil kesempatan untuk merakam seberapa banyak makanan yang Amie rasa agak unik. Di bawah ini menu biasa saja tapi inilah pilihan sarapan yang pertama kali Amie jamah pada pagi Isnin, 14 Mac 2011...
Salad buah-buahan sebagai pembuka selera.
Amie pilih bubur berlauk.... memang rasa bubur tu sangat sedap, Nasinya selembut beras pulut dengan pilihan aksesori yang Amie pilih termasuklah keropok, serunding daging, telur rebus (bukan telur masin), lobak jeruk, tahu goreng dan beberapa jenis lagi....beberapa jenis sambal kicap turut disediakan.
Ini pisang keju, dan beberapa jenis kuih termasuk srabi & nagasari.... semuanya sedap2 belaka, cuma perut Amie saja yang tak sedap sebab dah terlampau kenyang....
Di atas ini ikut pusingan jam ialah Kaki Ege, Soon Goreng, Dice Potato dan Kakap Lemon Butter.
Amie sempat merasa sepotong puding....
...dan sesudu dua mushroom sup & garlic bread....
Selepas itu kami meneruskan perjalanan jauh....sejauh lebih 10 jam perjalanan menuju ke Kota Jogjakarta meninggalkan Jawa Barat ke Jawa Tengah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan