Kami menginap satu malam di Grand Serela Hotel di Bandung. Sebenarnya Amie rasa dah nak pitam, rasa letih dan batuk2 mula menyerang. Maklum, dari kelmarinnya lagi sudah terkena hujan dan tidur pun asal boleh pejam mata saja. Amie gagahkan juga ikut ke restoran makanan laut, tak sempat nak tanya apa nama restoran itu. Semua hidangan segar-segar belaka, dari ketam sampai ke udang, ikan kaloi (gurame) pun ada berenang-renang dalam akuarium. Kami dihidangkan dengan teh panas sementara menanti makanan yang dipesan siap. Di bawah ini merupakan sebahagian hidangan yang sempat Amie rakam. Sebahagian lagi tak dapat dirakam sebab bateri kamera kehabisan.... antaranya termasuklah sayur kailan masak polos, sayur brokoli campur serta pelbagai jenis jus.
Ini ialah Ketam Goreng Pedas Telur Sos Singapura. Sedap......
Ini pula Udang Harimau Boreng butter.....lagi sedap sebab tak susah nak makan macam makan ketam tu....
Ini Ikan Bawal Masak Sweet & Sour.... biasa kita makan. Kenapa nampak tinggi macam gunung?... sebab fillet ikan dibuat macam yang Amie cerita pasal ikan kaloi di Dapur Sangkuriang tu...
Menu terakhir sempat Amie rakam ialah Ikan Kerapu Kukus.....
wahh! nampak sedap jeh!
BalasPadam