Pages

Ahad, 13 Februari 2011

Ikan Patin Asam Pedas Daun Selasih

Biasanya kalau masak asam pedas, orang letak daun kesum atau bunga kantan sebagai wangi-wangian atau tambah aroma dalam masakan. Kita letak daun selasih pulak... pelik ke....Entahlah.... saya jumpa macam-macam rupa bentuk dan cara masakan yang berbeza di sini. Semasa makan nasi ayam penyet di Tawau tempohari, daun selasih dimasukkan dalam sup. Suami kata sedap.... saya pun nak kata sedap tapi tak terucap sebab mulut sibuk mengunyah nasi. Singgah di rumah kawan di Ranau....Roseneh sempat masak nasi dengan pelbagai lauk dan salah satunya sup ayam...dia letak daun bisuq (tak tahulah kalau ejaan tak betul sebab guna istilah suku kaum Murut). Bau daun bisuq macam bau daun ketumbar. Pertama kali saya berkenalan dengan tumbuhan herba ini semasa saya pergi ke hutan belantara di Pensiangan- kawasan rumah panjang masyarakat Murut di Kampung Silungai....nun jauh di pedalaman - 1/2 jam lagi naik bot sangkut boleh sampai sempadan Kalimantan. Roseneh bekalkan saya pokok bisuq, saya tanam di kampung bersama2 rumput... akhirnya hilang (dipercayai abang ipar saya tercabutnya bersama2 rumput sebab rupanya pun macam rumput ). Beberapa tahun lepas, Teo berikan saya serumpun besar pokok bisuq yang diambil dari ladang kelapa sawitnya di Kunak, tapi terlupa nak tanam, akhirnya pokok bisuq kering dan layu, walaupun ditanam juga tapi tak mahu hidup. Dah melalut pulak pasal daun bisuq.... Ini nak cerita pasal daun selasih, tak semua orang pernah jumpa atau biasa makan daun selasih. Jiran saya yang perkenalkan, di rumahnya ada pokok selasih. Pembantu rumah saya pernah buat sambal daun selasih... tapi orang kata daun selasih sedap dijadikan bahan tambahan masak air - masak bening....tapi apa saya peduli, saya masukkan saja ke dalam mana-mana resepi yang saya suka termasuk asam pedas he he he...


Bahan-bahan:
500 gram ikan patin (potong ikut suka)
3 sudu minyak
1 biji tomato
7 biji kacang bendi
3 tangkai daun selasih
1 sudu kecil pati asam jawa (bancuh dengan 200ml air)
garam & perasa

Bahan kisar:
10 biji lada kering
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah
1.5 cm lengkuas
1 batang serai
1.5 cm belacan

Cara:
1. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan air bancuhan asam jawa. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan patin dan kacau sekali-sekala sehingga masak.
4. Masukkan garam dan perasa.
5. Masukkan kacang bendi, tomato dan daun selasih.
6. Patin asam pedas daun selasih siap untuk dihidangkan.

Asam pedas saya cair sebab nak banyak kuah, anak-anak suka kuah. kalau tak mahu kuah banyak atau kuah cair, kurangkan penggunaan air daripada 200ml kepada 100ml sahaja.


2 ulasan:

  1. Ini namanya kreatif....jangan masuk daun terup dah laaa...hi hi hi...dik,tq follow akak...singgah selaluye..moga ukhwah berkekalan...follow juga bah...

    BalasPadam
  2. kih kih kih....nanti saya buat sup daun terup pulak yea...

    BalasPadam