Pages

Ahad, 9 Januari 2011

Nasi Goreng Tomato

Entah kenyang makan apa, semalam anak-anak makan nasi sedikit saja. Banyak nasi berlebih. Suami saya cadangkan masak nasi goreng untuk sarapan pagi. Ehhmmmmm....nasi goreng apa..... ya..tahun lepas kakak saya, Ros berkunjung ke rumah kami di Lahad Datu. Anak-anak saya pun... apalagi...sesekali jumpa, macam-macamlah ceritanya. Kak Ros pula memang pakar dalam hal masak-memasak dan kerjanya pun teratur, tidak seperti saya... asalkan siap saja. Salah satu menu sarapan pagi yang Kak Ros sediakan ialah nasi goreng. Oleh kerana banyak tomato ceri yang saya beli di Kundasang, Kak Ros masak nasi goreng kampung dengan menggunakan tomato itu. Mungkin saya yang ketinggalan dari mengikuti perkembangan resepi nasi goreng, atau itu merupakan kreativiti Kak Ros. Apa pun anak-anak suka makan masakan Kak Ros... hasil nasi gorengnya yang cantik kemerah2an ditambah pula dengan sup ayam..... yang juga diminta oleh anak-anak supaya Kak Ros masakkan. Tapi, pagi ini saya hanya ada nasi goreng tanpa sup ayam...dan nasi goreng saya asasnya iaitu tomato saya ambil dari resepi Kak Ros, selebihnya mengikut keativiti saya sendiri. Saya tidak gunakan tomato ceri, saya hanya ada tomato biasa saja....


Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih
3 biji tomato (cincang kecil2)
15 ekor udang kertas (buang kulit, tinggalkan ekor & belah/belakang)
1 ekor sotong (bersihkan dan potong ikut suka)
1/2 batang lobak merah (hiris kecil dan nipis)
10 batang baby corn (belah 2)
3 bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 biji lada merah (hiris)
1 sudu besar serbuk pati ayam knorr
secubit garam / sos ikan
minyak bijan
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan tomato cincang dan gaul bersama bahan tumis. Biarkan tomato menjadi hancur.
3. Masukkan hirisan lada merah dan lobak merah. Biarkan seketika.
4. Masukkan udang dan sotong diikuti dengan serbuk pati ayam knorr. Gaul rata hingga masak.
5. Masukkan baby corn.
6. Jika suka masin, masukkan secubit garam atau jika suka masukkan sos ikan.
7. Masukkan nasi. Gaul lagi sehingga sebati dengan bahan-bahan lain.
8. Letak sedikit minyak bijan untuk menimbulkan aroma nasi goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan