Jika sesiapa belum tahu tentang khasiat labu, saya akan kongsi sedikit pengetahuan tentangnya dengan anda. Sebenarnya banyak khasiat labu, bukan sahaja isinya tetapi juga bijinya. Salah satu daripada khasiat memakan buah labu ialah ia boleh menyeimbangkan gula dalam darah kita.... buah labu yang direbus boleh mengatasi masalah penyakit darah tinggi dan penyakit kuning, dan banyak lagilah khasiat labu dari akar labu sampai ke bunga labu.... tetapi yang paling saya tertarik dengan labu ialah buah ini berkait dengan mata saya... labu sangat berkhasiat untuk saya atau anda yang menghadapi masalah rabun terutamanya pada waktu malam. Seseorang pernah menggelar saya 'mak labu'.... tak kisahlah, yang penting labu sangat membantu dalam pengambilan diet yang lebih seimbang dalam hidangan keluarga.
Bahan-bahan:
200 gram labu manis (dipotong dadu)
4 keping tulang ikan talang kering
100 gram sayur cekuk manis
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
7 biji cili padi (ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan santan pekat
garam dan perasa (jika suka)
Cara:
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan serai dan serbuk kunyit.
2. Masukkan labu dan tambah 300ml air. Biarkan mendidih atau sehingga labu empuk.
3. Masukkan tulang ikan talang kering.
4. Masukkan santan pekat dan diakhiri dengan sayur cekuk manis.
5. Masukkan garam dan perasa.
6. Labu masak lemak dengan tulang ikan talang kering siap untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan