Pages

Khamis, 13 Januari 2011

Brokoli Goreng Dengan Hati Ayam

Kajian menunjukkan brokoli kaya dengan vitamin C! Ada juga maklumat yang menunjukkan sayur brokoli mengandungi vitamin K! Apa sekalipun, fakta menarik tentang brokoli ialah pengambilan sayur ini boleh mencegah penyakit kanser kerana ia mengandungi serat dan antioksidan! Juga bermanfaat untuk menjauhkan penyakit katarak, jantung dan sebagainyalah....memang setiap apa yang Allah cipta, banyak kelebihan yang terlindung di sebaliknya. Petang ini saya manfaatlkan sayur brokoli seberat 300 gram bersama sayur-sayuran lain dan saya goreng dengan hati ayam.... jangan masak lama-lama tau, nanti hilang zat dan vitaminnya pula.


Bahan-bahan:
300 gram brokoli
300 gram hati ayam
1/2 batang lobak merah
4 batang baby corn
3 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 biji lada merah
(potong semua bahan di atas ikut suka)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
secubit garam
minyak jagung

Cara:
1. Panaskan minyak jagung dalam kuali. Goreng bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan hati ayam dan tumis hingga masak. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
3. Masukkan lobak merah dan kacau rata.
4. Masukkan baby corn dan brokoli. Tutup kuali selama 2 minit.
5.Masukkan sos tiram dan kacau sekali lagi.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkannya. Jika kurang masin, tambah secubit garam.
7. Masukkan hirisan lada.
8. Siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan