Pages

▼

Sabtu, 21 November 2026

Yang Mencuit Hati, Yang Mengusik Rasa

Bismillahirraymanirrahim.
Langit LD muram, mendung dari pagi dan menjelang tengah hari hujan turun mencurah-curah. Sama di kampung laman nun di Bukit Hijau yag masih banjir termenung. Semoga ada penyelesaiannya. Kasihan penduduk kampung yang menjadi mangsa banjir.

Hari Khamis lepas, Fairuz hantar Encik Suami ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan susulan. Kata Encik Suami, terpaksalah meredah banjir dari rumah Bonda untuk sampai ke kereta yang terletak di tepi jalan.

Amie pesan dengan Fairuz supaya bersihkan rumah Nendanya. Kemas bilik tidur Encik Suami supaya lebih lapang dan selesa. Fairuz senaraikan segala barang keperluan untuk bersihkan rumah termasuk pewangi tandas. Wah! Satu perkembangan yang sangat baik. Selepas mengemas rumah, menyapu dan mengemop sampai ke dapur, Fairuz pun kongsikan gambar.

Siapalah tak rasa gembira dan bangga apabila anak bujang ringan tulang singsing lengan bersihkan rumah Nendanya?

Apabila Encik Suami telefon, katanya Bonda kutip 3 helai kain sarung batik kepunyaan Amie dalam timbunan sampah! Bukan itu sahaja, banyak lagi barang lain yang hendak dibuang. Aduhai.... begitulah yang bernama Fairuz. Rajin mengemas rumah. Bersih, tapi habis barang yang tak berkenan di hatinya dibuang.  Beg-beg Amie yang penuh berisi kelengkapan kembara seperti baju sejuk, kasut dan sebagainya turut dipindahkan ke bilik di bahagian atas. 

Pagi tadi, pesan dengan Firdaus supaya beli sarapan di Warung Al Iman. Setelah setengah jam menunggu, tidak juga Firdaus pulang ke rumah. Bukan jauh pun Warung Al Iman. Jalan kaki hanya memakan masa tiga minit dari rumah. Setelah melihat jam menunjukkan angka hampir pukul 9 pagi, kita pun mula risau. Tergerak hati hendak menyelak langsir biliknya. Lailahaillallah! Rupaya budak bertuah itu sedang neyenyak tidur!

Apabila kita bangunkan, kelam-kabutlah dia ke warung. Dia hendak makan nasi kuning, Amie pula pesan nasi kuning lauk sambal ikan. Sampai dI rumah, katanya nasi kuning habis. Yang ada hanya nasi lemak. Nasi lemak pun nasi lemaklah. Kami pun bersarapan berdua. Firdaus makan nasi lemak lauk ayam goreng, Amie pula makan nasi lemak ikan goreng dengan sambal.

Hari Khamis lepas, semua kelas di ladang mengadakan jamuan perpisahan. Sedang kita menjamu selera, tiba-tiba anak-anak murid menyanyi lagu ulang tahun. Sempat terfikir, ulang tahun kita pada 16 November, hari Isnin. Hari ini ulang tahun siapa pula? Mungkin ada di antara anak murid kita. Dan apabila mereka menyanyi sambil mengelilingi kita, memang untuk kitalah lagu itu ditujukan. Dan terima kasih kerana bersusah payah sediakan kek dari Secret Recipe untuk Amie potong.

Happy Belated Birthday


Semoga semua anak didikku dapat menjawab dengan tenang peperiksaan SPM mulai minggu hadapan. Mudah-mudahan semuanya memperoleh keputusan cemerlang.

Sekian, coretan yang mencuit hati dan yang mengusik rasa dari LD.

3 ulasan:

  1. Good luck, kepada pelajar yang duduki SPM ..semoga kesihatan beransur pulih kepada suami Cg ya..aamiin

    BalasPadam
  2. Memang dia kemas betul-betul tu Kak Amie hihi....

    All the best utk semua anak² SPM 2026. Bittaufiq wan najah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻

    BalasPadam
  3. Sweet anak murid cikgu Amie meraikan birthday.

    BalasPadam