Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi sebaik sahaja menjejak kaki ke ladang kira-kira pukul enam, bekalan elektrik terputus. Pukul enam petang tadi, bekalan elektrik pulih semula. Hari ini bekalan elektrik terputus di lapan daerah kawasan pantai timur Sabah termasuk seluruh Telupid, Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Faham-faham sahajalah kalau sudah tertimpa musibah begini.
Menjelang pukul lima petang, anak bujang Firdaus tanya: Mommy nak makan apa? Kita tanya balik, apa yang boleh Daus masak? Sebelum hari bertukar menjadi gelap, Firdaus goreng kentang dan masakkan sebungkus mi segera tambah telur. Alhamdulillah. Bolehlah isi perut.
Sejak Encik Suami di Malaya, memang jarang sangatlah dapur berasap. Kadang-kadang jemu juga asyik makan makanan yang dipesan melalui Foodpanda. Balik-balik nasi ayam gepuk! Itu permintaan Firdaus. Suka betul dia dengan menu yang satu itu.
Petang kelmarin Amie masak nasi, masak lauk ikan sardin dalam tin. Tambahkan telur dadar dan lengkapkan dengan sayur kacang bendi. Firdaus makan penuh selera sehingga habis nasi tak tinggal sisa.
![]() |
| Bismillah |
![]() |
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
![]() |
| Ikan Sardin Tin Tumis Kering |
Ikan sardin ini Amie masak pedas dan kering. Amie tambahkan hirisan cili padi, tomato ceri dan beberapa helai daun limau purut untuk terbitkan aroma. Entah di mana sedapnya, Firdaus makan hampir kesemua ikan sardinnya.
![]() |
| Telur Dadar |
Amie dadar tiga biji telur ayam dan potong empat bahagian. Satu bahagian Amie makan, tiga bahagian lagi Firdaus habiskan.
![]() |
| Bendi Tumis dengan Udang. |
Kacang bendi ini saiznya kecil dan comel. Amie tumis bulat-bulat begitu. Hanya tambahkan udang dan bahan perasa saja. Firdaus tidak mahu makan. Jadi, Amie ratah sendiri.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan