Pages

Rabu, 23 September 2026

Ya Allah, Rupanya Engkau Tidak Pernah Membiarkan Aku Sendirian!

Bismillahirrahmanirrahim.
Diri ini diuji lagi. Kelmarin, sebelum subuh Encik Suami dikejarkan ke Hospital LD. Dalam kekalutan dan ketakutan, apa yang mampu difikirkan hanyalah bagaimana diri ini mahu kuat untuk menghadapi semua ini? Amie rasa untuk bermimpi pun Amie tak berani.

Alhamdulillah. Allah kirimkan pelbagai insan untuk bantu memikul ujian ini. Terima kasih jiran tetangga, terima kasih anak-anak buah, terima kasih ipar duai yang sentiasa  menawarkan bantuan dan memberi sokongan moral, juga terima kasih rakan-rakan sekerja dan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan.


Di saat Fairuz sibuk menyelesaikan kerjanya di Kota Kinabalu dan akan pulang ke LD esok, sepupunya, Haziq sanggup jaga Encik Suami di malam hari selepas balik kerja.   Sementara itu Amie pulang ke rumah untuk meluruskan pinggang seketika dan mengurus keperluan Firdaus. Jiran kami menawarkan agar Firdaus bermalam di rumahnya kalau Amie tidak sempat pulang ke rumah. Anak buah sanggup ambil dan hantar Firdaus ke sekolah. Allahu Akbar! Anak buah dan kakak ipar juga hantar makanan untuk Amie di hospital. 

Dan Alhamdulillah, malam esok Fuad terbang dari Senai ke Kota Kinabalu dan akan tiba di LD pada keesokan paginya, hari Jumaat. Entah mengapa Fuad rasa berat hati dan menolak untuk out station ke Sydney pada September ini. Rupanya ada hikmah di sebaliknya. Allah atur dengan perancangan yang lebih baik agar Fuad dapat bersama membantu kami. Semoga semuanya akan lancar dan urusan rawatan Encik Suami seterusnya akan dipermudahkan oleh-Nya.

Ya Allah, aku bersyukur kerana dalam ujian ini Engkau hadirkan begitu ramai insan yang baik di sekeliling kami. Balaslah setiap kebaikan mereka dengan kebaikan yang jauh lebih besar. Kurniakan kesembuhan kepada suamiku, kekuatan kepadaku, perlindungan kepada anak-anakku, dan ketenangan kepada seluruh keluarga kami. Jangan biarkan aku merasa aku perlu menghadapi semuanya seorang diri. Cukup Engkau menjadi penolong kami. Aamiin.

8 ulasan:

  1. Allahuakbar semuga enche Majid cepat sembuh. Semuga amie tabah hadapi ujian ini Dan dipermudahkan urusan. Enche Majid sakit jantung ke amie.

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan urusan kak Amie sekeluarga dan suami kak Amie dikurniakan syifa'.

    BalasPadam
  3. smoga cpt sembuh husband Kak Amie dan dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  4. Allahuakbar. Semoga Kak Amie dan keluarga terus kuat dan sabar. Semoga Allah permudah segala urusan Kak Amie dan keluarga. Syukur dikelilingi insan-insan yang baik hati. Semoga suami Kak Amie baik-baik je, kembali sembuh dan cepat keluar hospital. Aamiin...

    BalasPadam
  5. Allahuakbar moga dipermudahkan urusan kak amie sekeluarga,en.majid diberi kesembuhan segera..moga baik2 semuanya ye kak

    BalasPadam
  6. Semoga cepat sembuh suaminya....alhamdulilah....ramai insan yang baik.

    BalasPadam
  7. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat suami kak Amie.
    Doa buat kak Amie jua moga diberi kekuatan dan ketabahan hati oleh-Nya.

    Alhamdulillah ramai yang bantu ringankan beban.

    BalasPadam
  8. Allahu.. ujian bertandang lagi. Namun di sebaliknya Allah hadirkan orang² baik di sekeliling Kak Amie. Semoga suami Kak Amie dipermudahkan segala urusan rawatannya, serasi dengan ubat dan lekas sembuh, InsyaAllah. Amiiinnn YRA.

    BalasPadam