Pages

▼

Sabtu, 26 September 2026

Sambal Siram Minyak Panas Air Tangan Firdaus

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi, hari ini Sabtu ada aktiviti kokurikulum di ladang. Sekarang waktu rehat selama setengah jam, peralihan waktu dari aktiviti sukan dan permainan ke aktiviti kelab dan persatuan pukul sembilan pagi nanti.

Ini cerita hari Isnin baru-baru ini, sebelum Encik Suami masuk wad. Firdaus sudah pandai buat Sambal Siram Minyak Panas sendiri. Cuma, perlu ditambah dan kurangkan perasa sahaja supaya seimbang. Lama-lama nanti mahirlah dia sebab rajin sangat buat, boleh dikatakan setiap hari!

Sambal Siram Air Panas

Hidangan Makan Malam

Ikan Belanak Panggang Garam Kunyit

Masak Lemak Betik

Masak Lemak Betik ini Amie tumis udang kering, bawang putih dan bawang merah tumbuk. Tambahkan serai untuk aroma lebih segar. Kemudian Amie bubuh isi udang segar. Betiknya itu Amie beli siap disagat. Sampai dapur, hanya masak sahaja.

Sambal Siram Minyak Panas

Cantik pula hasil kejadian Sambal Siram Air Tangan Firdaus. Selepas ini kalau hendak makan sambal, bolehlah Firdaus sediakan sendiri.

7 ulasan:

  1. Uihhh.. nampak pun sedap dan elok kejadiannya.
    Meh pinjam tangan Daus sat..

    BalasPadam
  2. Pandainya Firdaus masak
    Rajinn pula tu

    BalasPadam
  3. Terbaiklah Firdaus! Sikit lagi Mommy tak payah monitor dah, Daus dah expert dah buat sambil kegemarannya ni

    BalasPadam
  4. Peberet daus ni udah pandai buat sendiri. Camtu buat Hari2 le Firdaus.

    BalasPadam
  5. Terliur juga nak buat sambal siram minyak ni.

    BalasPadam
  6. Hebat Daus!
    Kalau hari2, buat... boleh kalahkan mama dia ni....

    BalasPadam