Pages

▼

Sabtu, 19 September 2026

Pulut Kuning Serondeng Daging di Hari Ulang Tahun Fairuz

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin Amie bersama Encik Suami sepakat untuk bawa Fairuz makan-makan di Secret Recipe sempena ulang tahunnya hari ini. Pukul satu tengah hari tadi sampailah Fairuz dari Kota Kinabalu. Katanya, akan sambung hantar barang ke Tawau. Balik rumah hanya untuk mandi dan tukar baju sahaja. Tak dapatlah kami keluar makan bersama. Sebelah malamnya pula, sudah tentu perjalanan dari Tawau akan mengambil masa ke LD lewat pukul 11 atau 12 tengah malam. Kemudian patah balik semula ke Kota Kinabalu.

Sebaik sahaja Fairuz tinggalkan rumah, Amie masuk dapur. Tanak sedikit pulut kuning dan masak kari daging. Kononnya pulut kuning untuk Fairuz sempena hari ulang tahunnya. Oleh kerana tidak merancang lebih awal untuk masak pulut kuning, jadi hias seadanya gunakan apa yang ada. Jadilah Pulut Kuning seperti di bawah ini. Hias dengan daun pandan, tomato ceri dan telur rebus. Besar sangat telur rebusnya, dan patutnya telur puyuh lebih cantik. Tapi, itu sahaja yang ada. Tengah-tengahnya Amie bubuh serondeng daging.

Gambar Pulut Kuning Serondeng Daging  dengan Kari Daging Kerisik ini Amie kongsikan dalam group keluarga. Amie pesan dengan Fairuz, malam nanti kalau hendak makan kenalah panaskan dahulu. Biasanya ketika Fairuz sampai dari Tawau atau dari Kota Kinabalu, kami sudah tidur. Pandai-pandailah cari makan di dapur.

Pulut Kuning Serondeng Daging

Kari Daging Kerisik


Untuk anakanda Fairuz, sentiasalah berhati-hati di jalan raya, jaga kesihatan, tidur cukup, jaga solat dan bijak mengurus kewangan untuk masa depan.


12 ulasan:

  1. Kasih ibu sediakan makanan sedap di hari lahir anaknya.....

    BalasPadam
  2. Sanah helwah Fairuz.
    Begitulah dalamnya kasih seorang ibu, pasti ada sesuatu utk meraikan hari istimewa utk anaknya.

    BalasPadam
  3. Selamat hari lahir buat fairuz, moga terus sukses. Cantik dah tu hiasannya kak.

    BalasPadam
  4. Gigihnya kak amie deco pulut untuk anaknda. Selamat hari lahir Fairuz. Semoga menjadi anak yang soleh.

    BalasPadam
  5. apa-apapun air tangan ibu winnn..

    https://blogkatalora.blogspot.com/2026/09/saya-join-segmen-mencari-blogger-aktif.html

    BalasPadam
  6. wahhhh best nyaaaa pulut kuning diaaaa

    happy belated birthday fairuz!

    BalasPadam
  7. Selamat Ulang Tahun buat Fairuz
    Moga sihat ceria dan berjaya dunia akhirat.

    BalasPadam
  8. Pulut kuning memang identik untuk perayaan 😍😍🎉🎉. Happy birthday Fairuz. Semoga Fairuz selalu dilindungi Allah, dan dibanyakkan rezekinya 🎂🥳. Semoga doa ibu bapak senantiasa dimakbulkan bagi Fairuz

    BalasPadam
  9. Mesti berselera Fairuz makan ni. Kalau saya dah menitik air mata ni. Terharu sangat!
    Cantik je hiasan pulut kuning yang kak Amie buat tu. Alhamdulillah...
    Belated Happy birthday Fairuz. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan, di limpahi rezeki dengan segala keberkatan, dikurnikan kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan. Aamiin...

    BalasPadam
  10. Selamat ulang tahun fairuz. Semuga menjadi anak yang soleh dan di permudahkan urusan kerja. Sedapnya kari daging krisik tu

    BalasPadam
  11. Sanah helwah buat Fairuz! Walaupun tak sempat nak keluar makan bersama, kasih seorang ibu tetap sampai melalui air tangan pulut kuning dan kari daging ni. Nampak cantik sangat hiasannya Kak Amie, bertambah selera Fairuz balik malam nanti. Semoga Fairuz sentiasa berada dalam lindungan Allah, murah rezeki, dan selamat dalam setiap perjalanan

    BalasPadam
  12. Happiest birthday Fairuz.
    Semoga terus membahagiakan keluarga.

    BalasPadam