Pages

▼

Selasa, 1 September 2026

Kenapa Tiket Penerbangan ke Sabah dan Sarawak Mahal?

Bismillahirrahmanirrahim.
Fuad dan Abang Farid sekeluarga hendak pulang ke Sabah bersama Amie dari Kuala Lumpur. Namun begitu memikirkan kos penerbangan yang sangat tinggi, Encik Suami kata tak perlulah balik ke LD. Kalau setakat cuti beberapa hari, tidak berbaloi dengan tambang yang mahal. Kata Encik Suami lagi, setiap hari kita tetap boleh berhubung melalui video call. Tambahan pula, akhir Oktober nanti kami akan bertemu satu keluarga di UTP, Seri Iskandar menghadiri majlis konvokesyen Abang Farid. Anak-anak akur dengan pendapat Encik Suami.


Kenapa tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak mahal? Akhbar KOSMO pernah menyebuit sebagai :Harga Tiket Sama Seperti Sebulan Gaji.

Hal ini disebabkan:

1. Laluan Terhad & Persaingan Rendah

2. Permintaan Tinggi Pada Musim Tertentu

3. Kos Bahan Api & Operasi Tinggi

4. Kapasiti Tempat Duduk Terhad

5. Kos Logistik & Infrastruktur

6. Sistem Harga Dinamik (Dynamic Pricing)

7. Perbandingan Dengan Tiket Antarabangsa

Rujukan : Kenapa Tiket Penerbangan ke Sabah dan Sarawak Mahal?

Bagaimanapun, sebenarnya harga tiket yang mahal tak masuk akal ini sudah berlaku sejak sekian lama. Setiap kali isu ini disuarakan, setiap kali itulah kononnya segala perbincangan dan jalan penyelesaian akan diambil. Namun begitu, masalah ini tidak nampak penyelesaiannya. Jadi, malas hendak ulas panjang, sekadar kongsi isu sahaja.

Untuk lanjut boleh baca:

11 ulasan:

  1. Betullah Amie.. jiran sebelah ni orang Sarawak, memang selalu mengeluh nak beli tiket balik Kg.. mahal betul.. beli tiket Korea lagi murah dari tiket balik Kg sendiri katanya hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, kalau saya travel saya jarang pilih yang dekat sebab harga tiket LD ke KL sudah boleh bayar pakej lengkap 3-4 hari ke Padang, Medan dan tempat lain di Indonesia atau Thailand.

      Padam
  2. Td saya cek kak, tiket dari JKT ke Sabah dan Sarawak compare dengan Sabah / Sarawak ke Kuala lumpur. Memang jauh beda 😅😅. Lebih murah dari JKT .

    Ini sama juga dengan tiket domestik ke Indonesia timur macam Papua, Sulawesi, jangan harap murah kalau berangkatnya dari jakarta 😅.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah bila suara rakyat marhaen seperti kami akan didengar. Kami tak boleh suka-suka memilih tarijh cuti, hanya bergantung waktu cuti perayaan dan cuti ladang sahaja.

      Padam
  3. Nasib baik tak ada cadangan beli pesawat sendiri, Kak Amie. Semoga ada penyelesaian yg logik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya lama-lama Sabah akan ikut Sarawak. Sarawak sudah ada syarikat penerbangan Air Borneo. Mana tahu akan datang Sabah akan ada Air Kinabalu.

      Padam
  4. Kadang macam melampau betul syarikat penerbangan mengenakan tambang yang mahal jika ke sabah Dan serawak. Rasa macam nak boikot tapi itu lah pengangkutan yang ada

    BalasPadam
  5. Kadang kalau nak buat booking untuk penerbangan staf di pejabat ni pun seram tengok harganya.... kadang ke luar negara lebih murah rasanya

    BalasPadam
  6. Bilalah tiket kesana tu nak turun harga kan. Nak bercuti ke sana pun jadi mahal. Mereka yang nak balik kampung pun kena fikir panjang. Memang tak berbaloi kalau cuti sekejap je dengan tiket yang mahal.
    Wahh abang Farid dah nak konvo dah. Lepas ni Dr. Farid lah ye. Alhamdulillah. Tahniah Dr. Farid.

    BalasPadam
  7. Betul tu mahal sangat tiket macam nak ke luar negara dah. Sebab tu kekadang penjawat awam menolak tawaran jika dihantar ke sana.

    BalasPadam
  8. Betul sangat kak, isu tiket mahal ke Sabah/Sarawak ni memang dari dulu sampai sekarang tak pernah selesai. Kadang-kadang tengok harga tiket balik kampung lagi mahal daripada tiket nak terbang ke luar negara. Semoga ada tindakan serius dari pihak berkuasa nanti.

    BalasPadam