Pages

Selasa, 1 September 2026

Dama Rose : Syrian Kitchen dengan Sentuhan Levantine

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi Ahad 30 Ogos 2026 - bersama Fuad menuju ke Puncak Alam. Tujuan untuk mencari barang dapur. Setelah membeli-belah, jam sudah pukul 11:30 pagi, rasanya agak lewat untuk sampai rumah dan masak untuk makan tengah hari. Fuad ajak singgah di Dama Rose, beli nasi Arab dan bawa pulang. Masuk saja ke dalam restoran, kami disambut dengan aroma bunga mawar yang harum semerbak. Fuad bergurau, katanya tak dapat bawa Mommy makan di Damascus Bukit Bintang, kita masuk Dama Rose sahajalah.

Hidangan Timur Tengah dari Dama Rose.

Hidangan dari Dama Rose


Kami memesan:
  • Half Chicken Maqluba
  • Briani Lamb Shank
  • Lamb Mandy Shank
  • Lamb Kebab
Half Chicken Maqluba


Briani Lamb Shank


Lamb Mandy Shank


Lamb Kebab - 

Segala sos dimasukkan ke dalam beg kertas ini.


Kesemuanya berharga RM166.40 sen.


Amie beli sedikit manisan berharga RM19.00.

Manisan pilihan Amie.


Terima kasih Fuad belanja kami makan tengah hari. Setelah kami sampai di rumah, Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah pun sampai dari Gombak. Wak Aton dan Wak Kanang pun ada. Walaupun kami makan beramai-ramai tetapi masih ada baki nasi Arab itu!

Bonda hanya makan nasi mandy 3 sudu sahaja!

Kita tanya : Emak teringin makan apa?
Jawabnya : Kacang bendi masak bening.

3 ulasan:

  1. Uwaaah yg Damascus saya blm coba tapi dah ada di bucket list, nak coba saat ke KL nanti. Tp dama rose nih menarik juga kak 😍😍😍. Dari plating pun nampak sedaaaap sangat 👍👍. Nasi Mandhi memang favorit sayaaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Puas hati, portion besar dan sedap. Harga pun sangat berpatutan, bukan level kayangan.

      Padam
  2. Wahhh.. akak dah sampai situ... rasa cam baru sebulan buka. Nampak portionnya besar.

    BalasPadam