Pages

Isnin, 31 Ogos 2026

Petit Cafe Chef Wan @ KLIA Terminal 1

Bismillahirrahmanirrahim.
29 Ogos 2026 bersamaan hari Sabtu, Batik Air berlepas dari Tawau di bawah langit berjerebu dan mendarat di KLIA1 pada pukul 6:35 petang. Setelah mengambil bagasi, Amie telefon Fuad. Rupanya Fuad baru sampai dan sedang mencari tempat letak kereta. Fuad memandu dari Desaru, Johor ke KLIA1. Kalau ikutkan hati, Amie hendak terus pulang ke kampung, tetapi Fuad ajak makan dahulu. Kami singgah makan di Petit Cafe Chef Wan di Balai Pelepasan.

Ramai juga pelanggan yang sedang menikmati hidangan masing-masing di kafe ini. Amie paling suka minum Hot Honey Lemon di sini. Fuad pula memesan Iced Lemon Tea. Amie memilih Nasi Kerabu Ayam Percik, Fuad pula hendak makan Nasi Lemak Ayam Percik. Makanlah kami dua beranak sampai kenyang, sampai licin pinggan masing-masing.

Hot Honey Lemon


Chef Wan's Nasi Lemak with Ayam Percik.

Fuad : Chef Wan's Nasi Lemak with Ayam Percik


Nasi Kerabu Ayam Percik.

Amie : nasi Kerabu Ayam Percik

Terima kasih Fuad belanja makan di Cafe Chef Wan.

Selepas makan, kami sambung perjalanan lebih kurang satu setengah jam ke kampung melalui Puncak Alam. Fuad  kata, Mommy tidurlah sementara dia memandu. Dipasangnya lagu-lagu jiwang karat era 90-an. Amie tanya, kenapa Fuad pasang lagu orang tua-tua? Fuad jawab, lagu dulu-dulu ada maknanya, lagu sekarang entah apa-apa. Tertidurlah kita sampai ke rumah Bonda didodoikan dengan lagu-lagu nostalgia masa lalu seperti lagu Aku Hanya Serangga nyanyian Bumi Putra Rokers.

4 ulasan:

  1. betul tu, lagu lama2 especially zaman jiwang karat atau rock kapak selalunya malasegar. sampai sekarang tak jemu mendengarnya. kalau dalam kereta tu, mesti dah start karaoke ramai2

    BalasPadam
  2. Semuga amie Selamat sampai Di kampung bertemu bunda tersayang.

    BalasPadam
  3. Selamat balik kampung kak amie... mmg layaann lagu lelama ni kan..

    BalasPadam
  4. Sayapun sampai skr lebih suka lagu2 90an kak. Krn memang masih sedap didengar sampai ke hari ini. Lagu2 yg zaman skr nih, saya tak masuk lah 😅😅.

    Waaah kak Amie di KL yaa. Dipermudah semua urusan di sana yaaa 🤗

    BalasPadam