Pages

▼

Jumaat, 14 Ogos 2026

Nasi Arab di Timbun Ikan Goreng

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa dilagi di pagi Jumaat, penghulu segala hari yang penuh keberkatan. Semoga rakan-rakan semuanya sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Minggu lepas Amie masak nasi Arab lauk ikan goreng. Setiap kali makan nasi Arab lauk ikan goreng mesti teringat pengalaman umrah kali pertama pada tahun 2014, kami singgah di Wadi Qudait dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah : Nasi Arab Mandi Wadi Qudait , Sentiasa Teringat Kelazatannya! Itulah untuk pertama kali kami dihidangkan nasi Arab berlauk ayam dan ikan goreng. Biasanya kita makan nasi Aran lauk ikan atau kambing, dan tak terfikir rupanya nasi Arab turut dihidangkan dengan lauk lain seperti ikan, udang, sotong dan sebagainya.

Menu Nasi Arab Ikan Goreng ini terlebih ruangan pula ikannya sampai tak nampak nasi Arab di bawahnya! Tak apalah, gambar untuk suka-suka saja. Maklumlah suka syok sendiri kan ... ahaks!

Nasi Arab Ikan Goreng

Pelengkap hidangan Nasi Arab Ikan Goreng

Acar

Sos Cili Daun Ketumbar

Sup

Nasi Arab Ikan Goreng

Resipinya ada di sini: Nasi Arab Mandi Wadi Qudait , Sentiasa Teringat Kelazatannya! Sewaktu kami berada di Madinah pada 2022, sempat makan malam di Syariq Qurban. Kami mencuba menu Nasi Arab Hati Unta. Mutawwif kami pula, katanya sudah bosan dengan lauk kambing dan ayam. Jadi beliau memesan Nasi Arab Ikan. Amie lihat ikan goreng yang dihantar ke mejanya serupa dengan ikan temparing yang Amie goreng untuk lauk Nasi Arab yang dikongsikan ini.

Ta Allah! Tiba-tiba rasa rindu pula suasana di tanah suci. Mudah-mudahan ada rezeki jejak kaki ke sana lagi. In syaa Allah.

Ihsan Nasi Arab Ikan Goreng ChafGPT

20 ulasan:

  1. Pagi-pagi dah dijamu dengan menu sedap. Rasanya belum pernah lagi makan nasi arab dengan ikan goreng. Ikan goreng tu pandailah nak masaknya, nasi arab tu so far tak pernah buat lagi. Tak tahu bila mambang rajin nak muncul untuk mencuba buat.

    BalasPadam
  2. sedapnya...

    masa kat madinah haritu pun makan nasi arab ikan goreng dan ada mix udang juga. perghh sedap betul rasa dia

    BalasPadam
  3. Tak pernah buat nasi arab ikan. Nampak. sedap la.

    BalasPadam
  4. Belum pernah cuba lagi makan nasi arab dengan ikan goreng walaupun selalu nampak dalam menu di restoran arab. Lidah kiteorg ni dah terbiasa makan nasi arab berlaukkan kambing atau ayam πŸ˜…

    BalasPadam
  5. nasi arab lengkap ikan goreng sambal acar sup wow sedap yakmat

    BalasPadam
  6. Sedap sangat ni Kak Amie.
    Sy baru buat entry jiran balik Umrah. Memang rindu sangat dgn tanah suci, bila bersembang dgn jiran tu teringatlah moment kita di sana dulu. Mudah-mudahan dapat ke sana lagi aamin 🀲🏻

    BalasPadam
  7. Nostalgik betul ingatan 2014 kat Wadi Qudait tu! Nasi Arab fish memang padu, rugi siapa tak pernah try.

    BalasPadam
  8. First time tengok nasi arab lauknya ikan goreng.. memang idea bernas la

    BalasPadam
  9. Nampak sedaaaap 😍😍😍. Saya kalau masak nasi arab, sekarang pakai paste yg saya dibagi oleh kak Lin dari Johor. Sedaaap sangat rasanya. Krn kalah buat dari mula, memang tak sanggub πŸ˜‚.

    Jadi nanti tinggal buat lauknya saja 🀭

    BalasPadam
  10. pandai nya masak nasi arab + lauk. terbaik

    BalasPadam
  11. Terliur betul tengok Nasi Arab ni dengan ikan penuh di atasnya.

    BalasPadam
  12. Amie cerita makan nasi Arab dgn ikan goreng pun buat saya teringat masa umrah tahun 2017. Dari mekah ke Madinah tapi tak ingat berhenti kat mana. Masa tu saya dah demam sebab kepenatan Dan nak balik Malaysia tapi flight jeddah tukar Madinah. 2 kali dapat masuk Madinah. Orang lain seronok makan nasi Arab dgn ikan goreng saya pandang je sebab tak ada selera. Semuga ada rezeki dapat buat haji Dan umrah. Aamiin

    BalasPadam
  13. Teruja juga ni makan nasi arab..memang sedap lah..

    BalasPadam
  14. Oooo ada ye nasi arab ikan goreng. Tak perasan nasi di bawah ikan sebab ikannya molek besarπŸ˜…

    BalasPadam
  15. Menarik idea ni...sesuai untuk mereka- mereka yang x makan ayam atau kambing

    BalasPadam
  16. Belum jumpa lagi nasi arab lauk ikan kat sini.

    BalasPadam
  17. ikan mendominasi nasi tersebut, muehehe.
    pergi umrah haritu pun baru tahu rupanya ada nasi arab lauk ikan, seafood. unik

    BalasPadam