Pages

Isnin, 10 Ogos 2026

Makan Nasi Goreng Udang di Pasar Malam Sandakan

Bismillahirrahmanirrahim.
Ada pun cerita ini sudah lama berlalu, minggu lepas, minggu lepas lagi rasanya. Selepas kami daftar keluar Ormond Hotel, kami jalan-jalan cari makan. Sebenarnya tujuan kami ke Sandakan untuk ziarah ibu mentua adik ipar di rumahnya. Dalam perjalanan ke sana, kami dimaklumkan ibu mentuanya dimasukkan ke hospital. Oleh kerana masalah tempat letak kereta di mall, jadi kami cadang akan ziarah pada keesokan harinya. Sewaktu daftar keluar hotel, kami dimaklumkan sekali lagi ibu mentuanya sudah keluar hospital. 

Jadinya, kami ziarah sahajalah di rumahnya. Kebetulan hari Isnin, permohonan cuti peristiwa di ladang kami diluluskan. Jadi kami pun ambil keputusan sambung bermalam lagi di Sandakan. Kali ini Encik Suami setuju sangat kami menginap di Hotel Elopura. Bersebelahan sahaja pun dengan Ormond Hotel.

Selepas daftar masuk Hotel Elopura kami ziarah ibu mentua adik ipar. Baru teringat, tarikh ketika itu pada 12 Julai 2026. Seminggu kemudian ibu mentua adik ipar kembali ke pangkuan-Nya. Innalillahiwainnailaihiraajiuunn.

Pada petang kami ziarah arwah ibu mentua adik ipar, anak buah kami Haziq bawa kami makan di Pasar Malam di Sandakan tapi tak ingat apa nama pasar malam itu. Adik ipar, iaitu ayah kepada Haziq minta Haziq bawa kami ke gerai makan kegemarannya. Katanya Nasi Goreng Udang di situ sedap.

Kami ikut sajalah. Walaupun banyak gerai dan banyak menu yang ditawarkan, tapi kami terus masuk ke gerai Nasi Goreng Udang.

Nasi Goreng Udang

Kami memesan:
Sepinggan Nasi Goreng Udang yang dipesan tersangatlah banyak isinya! Makan seorang memang tidak habis! Tidak pastilah berapa harga sepinggan.

Firdaus : Bakso

Encik Suami - Bihun Sup Ayam

Amie : Coto Makassar

Sup Tulang

Kopi 0

Nasi Goreng Udang

Nasi Goreng Udang memang tidak dapat dihabiskan. Amie minta bungkus dan tambahkan telur mata. Bawa balik ke Hotel Elopura. Alhamdulillah. Tidak membazir sebab sebelah malamnya Firdaus makan hingga habis.

14 ulasan:

  1. Setimbun nasi goreng udang dan udangnya. Ini barulah namanya Nasi Goreng Udang. Sy teringin sangat nak rasa Coto Makassar tu.

    BalasPadam
  2. sepinggan nasi goreng boleh kongsi 3 orang..

    BalasPadam
  3. Innalillahiwainnailaihiraajiun,,salam takziah..memang nampak sedap semuanya tu..

    BalasPadam
  4. innalillahiwainnailaihirojiun takziah amie n fmili dapnya nasi goreng udang

    BalasPadam
  5. Penuh pinggan nasi goreng udangnya tu.

    BalasPadam
  6. Setimbun nasi goreng tu, memang tak mampu nak habiskan sekali hadap. Kopi o tu pun kenapalah nampak sedap sangat 😅

    Takziah buat adik ipar Kak Amie dan seluruh keluarga mereka.

    BalasPadam
  7. Bukan setakat udang, daging pun nampak banyak porsi yang diberi.

    BalasPadam
  8. Puas hati tu.. penuh sepinggan.
    Bila lah nak dapat makan coto makassar tu.

    BalasPadam
  9. Ni kalau saya pun tak boleh habiskan. Memang banyak betul nasi goreng udang tu.

    BalasPadam
  10. Nasi goreng udang nampak sgt sedap, klu saya selalu order nasi goreng seafood, ada udang + sotong

    BalasPadam
  11. Salam takziah. Mujur sempat ziarah di Sandakan. Btw, nampak sedap betul Nasi Goreng Udang pasar malam tu!

    BalasPadam
  12. Banyak betul nasi gorengnya tu. Makan kongsi dua orang pun boleh kenyang tu. Nasib baiklah bungkus bawa balik hotel. Firdaus makan habis tak ada pembaziran berlaku. Menu sup-sup berkuah tu semua nampak sedap. Nampak mangkuk tu kecil ke atau isinya yang banyak entah.

    BalasPadam
  13. Penuh sepinggan kak oi.... udang pun meriah

    BalasPadam
  14. Salam takziah buat keluarga adik ipar amie. Tenguk nasi goreng penuh sepinggan. Semua sup sedap ooo

    BalasPadam