Pages

Rabu, 12 Ogos 2026

Lidah Goreng Cili

Bismillahirrahmanirrahim.
Pernah tak makan lauk ikan sardin dalam tin yang ditumis dengan cili hijau? Amie suka betul lauk yang satu ini, hasil air tangan Bonda. Ada aroma yang tersendiri ketika mengunyah hirisan cili hijau. Dulu-dulu, apa sahaja lauk yang dihidangkan dan dimakan bersama adik-beradik memang semuanya licin tak tinggal bekas. Berbeza betul dengan anak-anak sekarang. segala perencah atau aksesori lauk terbiar begitu sahaja. Itulah bezanya, mungkin dahulu bahan agak terhad tetapi sekarang, melimpah ruah sampai tak termakan. 

Amie kongsikan menu Lidah Goreng Cili. Maksudnya, cili hiris. Bukan sahaja cili hijau, tapi Amie tambahkan cili merah dan cili putih. Kesemuanya dihiris kasar-kasar.

Olahannya pun tidak sesukar mana. Masukkan sahaja lidah lembu dalam slow cooker. Tekan butang high, biarkan selama tiga jam. Tidur-tidur dulu,  lembutlah lidah dan bolehlah kupas kulitnya sewaktu masih hangat. Nanti apabila sudah sejuk, susah hendak asingkan kulit sebab sudah melekat.

Untuk resipi ini, tiada kesalahan bahan dan arahan memasak yang dijana oleh ChatGPT. Semuanya betul dan lengkap. Jangan lupa lada putih atau lada hitam tumbuk! Itulah rasa sedap yang sesungguhnya!

Lidah Goreng Cili

Resipi Lidah Goreng Cili jnaan AI

Lidah Goreng Cili

Ada yang takut dan geli melihat menu lidah lembu. Biarlah. Biarkan sahaja. Tinggalkanlah. Selera masing-masing tidak sama. Yang penting Fairuz dan Firdaus makan sahaja tanpa banyak songel. Kita sudah selalu pesan, kalau rasa boleh diterima tekak, makanlah. Kalau sebaliknya, diam-diam sahajalah. Tinggalkan, ada pilihan lauk lain. Jaga mulut jangan menghina makanan. Ikut perlakuan Rasulullah SAW.  Mulut itu dijaga supaya nanti kalau ke rumah orang, melihat makanan terhidang yang tidak biasa kita nampak atau makan, jaga mulut jangan sampai terlepas kata. Jaga adab ya anak-anak. Terutama sewaktu menghadiri rumah terbuka raya... ahaks!



13 ulasan:

  1. Ini menu yang tak pernah dana masak, sebab tak tahu Edy makan ke tak... kang kita masak makan sendiri je heheheh

    BalasPadam
  2. Sardin kalau tumis simple-simple pun sedap. Tambahan lagi ada cili hiris tu, ada rasa pedas-pedas menyengat sikit.
    Ada betulnya juga tu kak Amie. Dulu mak masak mesti habis dimakan. Licin!

    Lama jugak tu ye nak masak lidah lembu ni macam nak masak dagingnya juga, ambil masa lama. Kalau tak tahu ni nampak macam daging biasa je.

    Betul tu, selera masing-masing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau rebus biasa atau guna pressure cooker tak lama nak empuk. Ni sebab masak slow-slow guna slow cooker sambil tidur-tidur hihihii.

      Padam
  3. sedapnya menu lidah...biasa mkn kt kedai siam je area umah...lidah masak merah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikutkan hati malas nak masak, tapi nak makan, tapi tak ada yang jual. Kalau ada, beli jew saja bila teringin kan.

      Padam
  4. First time tau org makan lidah ni masa lepas kahwin. Makan di kedai dan adik ipar order lidah masak merah. Terkejut juga. Cuba sepotong tapi tak bolehlah nak "pergi" lagi dah.

    BalasPadam
  5. Tak pernah makan lidah dan seram nak makan. Hihi. Terbayang lidah sendiri. Adoila.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah... walaupun tak makan, janganlah sampai cakap macam tu. Hormatlah sikit orang lain yang makan. Kan Rasulullah SAW dah tunjuk adab, kalau tak suka satu-satu makanan, tinggalkanlah, diam-diam saja.

      Padam
  6. Saya memang sukaaaaa kak lidah sapi 😍😍. Mama sering masak , dibuat jadi empal. Atau sate Padang. Tp saya tak berani masak sendiri, sebab kalau salah mengolah, ada bau amis yg susah hilang. JD dahlah, kalau teringin lidah, memang beli saja 😄

    BalasPadam