Pages

▼

Ahad, 23 Ogos 2026

Lempeng Nangka Cicah Serawa Nangka

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin Amie beli sebekas nangka madu, manis dan harum! Pagi tadi Amie lihat ada 10 ulas yang belum dimakan. Tiba-tiba timbul idea untuk melempeng dengan menggunakan nangka. Eh, pernahkah dibuat orang? Kita cuba sajalah.

Lima ulas Amie kisar bersama tepung, telur dan santan untuk dibuat lempeng, Lima ulas lagi Amie kisar bersama gula dan santan untuk dijadikan serawa.

Amie fikir sudah tentulah Amie seorang yang akan menjamahnya. Salah sangkaan itu! Encik Suami dan Firdaus makan penuh selera! 

Sedapnya lempeng nangka ini bukan sekadar pada lempengnya. Bila dicicah ke dalam serawa nangka yang lemak manis, terus terasa satu gabungan rasa yang cukup sempurna. Lempeng yang lembut dan berpori menyerap sedikit kuah serawa, lalu setiap suapan membawa rasa santan yang berlemak, manis nangka yang harum dan sedikit tekstur isi nangka yang dikunyah.


Sungguh, ini bukan sekadar lempeng kerana membawa aroma kampung dalam setiap suapan. Panas-panas, lembut dan harum nangka, kemudian dicicah pula ke dalam serawa nangka yang lemak manis. Apabila kuah serawa meresap ke celah-celah pori lempeng, setiap suapan terasa begitu sempurna.  Ada manisnya, ada lemak santannya, ada harum nangkanya dan mampu mengembalikan kenangan kepada sarapan dan minum petang di dapur kampung.

Lempeng Nangka dengan Serawa Nangka

Amie tidak gunakan sukatan tertentu dan hanya campak-campak sahaja bahan untuk melempeng dan membuat serawa. ChatGPT bantu siapkan infografik resipi Lempeng Nangka dengan Serawa Nangka. Ada sedikit kesilapan sampai dua kali ditulis garam tapi malas pula hendak edit.

Lempeng Nangka dengan Serawa Nangka yang enak, harum dan wangi!


30 ulasan:

  1. Lepas ni bolehlah buat lempeng cempedak pulak.

    BalasPadam
  2. Eloknya kejadian lempeng kak Amie. Plating macam ala-ala di cafe dan hotel pun ada. Nampak sungguh menyelerakan. 😋

    BalasPadam
  3. Tahun ni belum makan cempedak atau nangka lagi. Nanti nak cari la..

    BalasPadam
  4. Wahhhh dapat di bayankan harum nangka tu kak

    BalasPadam
  5. cantik kejadiannya cicah serawa tambah sedapnya

    BalasPadam
  6. New Menu ni...x pernah nampak...

    BalasPadam
  7. Tak pernah makan dan nampak lagi Lempeng Nangka. Uniknya ia dicicah pulak dengan Serawa Nangka. Tentu sedap makan panas² sampai Firdaus dan suami Kak Amie makan penuh selera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tu, saya pun tak dapat makan banyak.

      Padam
  8. Pertama kali dengar lempeng kelapa.

    BalasPadam
  9. Nangka madu peberet walaupun org kata angin. Kalau saya tak sempat jadi lempeng dah habis makan mentah. Hehe he unik ya resepi amie lempeng nangka Dan serawa nangka

    BalasPadam
  10. Serasa tercium aroma nangka nya sampai sini kak 😍😍😍. Pasti sedaaaap. Tak heran daus dan suami kakak juga sukaaa makannya..pasti kurang lah yaa masak segitu 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aromanya memang harum sungguh. Rasa hendak beli lagi.

      Padam
  11. Nampak pun sedap. New innovation ni.. boleh ditiruvasi bila ada nangka lebih..

    BalasPadam
  12. Terasa sedapnya di tekak n8 Kak Amie

    BalasPadam
  13. Wah menu rare ni Kak Amie. Tak sangka mereka pun suka lempeng nangka Kak Amie buat. Terbayangkan bau nangka yang wangi dan rasa manis tu.

    BalasPadam
  14. Unik sungguh resipi Kak Amie kali ini! Kreatif betul idea olah nangka madu jadi lempeng dan serawa serentak. Sangat membuka selera bila lempeng yang lembut meresap kuah serawa yang lemak manis tu. Boleh dijadikan inspirasIi buat semua

    BalasPadam