Pages

Ahad, 23 Ogos 2026

Lempeng Nangka Cicah Serawa Nangka

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin Amie beli sebekas nangka madu, manis dan harum! Pagi tadi Amie lihat ada 10 ulas yang belum dimakan. Tiba-tiba timbul idea untuk melempeng dengan menggunakan nangka. Eh, pernahkah dibuat orang? Kita cuba sajalah.

Lima ulas Amie kisar bersama tepung, telur dan santan untuk dibuat lempeng, Lima ulas lagi Amie kisar bersama gula dan santan untuk dijadikan serawa.

Amie fikir sudah tentulah Amie seorang yang akan menjamahnya. Salah sangkaan itu! Encik Suami dan Firdaus makan penuh selera! 

Sedapnya lempeng nangka ini bukan sekadar pada lempengnya. Bila dicicah ke dalam serawa nangka yang lemak manis, terus terasa satu gabungan rasa yang cukup sempurna. Lempeng yang lembut dan berpori menyerap sedikit kuah serawa, lalu setiap suapan membawa rasa santan yang berlemak, manis nangka yang harum dan sedikit tekstur isi nangka yang dikunyah.


Sungguh, ini bukan sekadar lempeng kerana membawa aroma kampung dalam setiap suapan. Panas-panas, lembut dan harum nangka, kemudian dicicah pula ke dalam serawa nangka yang lemak manis. Apabila kuah serawa meresap ke celah-celah pori lempeng, setiap suapan terasa begitu sempurna.  Ada manisnya, ada lemak santannya, ada harum nangkanya dan mampu mengembalikan kenangan kepada sarapan dan minum petang di dapur kampung.

Lempeng Nangka dengan Serawa Nangka

Amie tidak gunakan sukatan tertentu dan hanya campak-campak sahaja bahan untuk melempeng dan membuat serawa. ChatGPT bantu siapkan infografik resipi Lempeng Nangka dengan Serawa Nangka. Ada sedikit kesilapan sampai dua kali ditulis garam tapi malas pula hendak edit.

Lempeng Nangka dengan Serawa Nangka yang enak, harum dan wangi!


2 ulasan:

  1. Lepas ni bolehlah buat lempeng cempedak pulak.

    BalasPadam
  2. Eloknya kejadian lempeng kak Amie. Plating macam ala-ala di cafe dan hotel pun ada. Nampak sungguh menyelerakan. 😋

    BalasPadam