Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. 12 Februari 2026 berakhirlah kembara kami merentasi Morocco, Sepanyol dan Portugal selama hampir dua minggu. Dari Madrid, kami memulakan perjalanan pulang melalui Doha sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur. Seterusnya pada 13 Februari 2025 kami sambung terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan terbang lagi ke Lahad Datu.
Keletihan mula benar-benar terasa sebaik sahaja menaiki pesawat. Hampir sepanjang penerbangan Amie habiskan masa dengan tidur. Badan seolah-olah meminta ruang untuk berehat setelah berhari-hari berjalan kaki, berpindah dari satu bandar ke bandar yang lain, menikmati keindahan sejarah, budaya dan kehidupan masyarakat di tiga buah negara yang sangat berbeza.
Walaupun mata sentiasa terpejam, hati tetap dipenuhi rasa syukur. Setiap pengalaman yang dilalui menjadi kenangan yang tidak ternilai. Kami diberi kesempatan melihat bumi Allah yang begitu luas, menikmati pelbagai makanan halal, mengenali budaya masyarakat setempat dan mengagumi tinggalan sejarah dengan lebih mendalam terutamanya tamadun Islam di Andalusia.
Di sebalik rasa penat yang amat sangat, kerinduan semakin memuncak. Tidak sabar rasanya untuk kembali memeluk insan-insan tersayang, mendengar suara mereka dan berkumpul semula di rumah.
Sesungguhnya, setiap perjalanan pasti ada penatnya. Namun penat itu terasa begitu berbaloi apabila dikenang kembali segala pengalaman yang diperoleh. Kembara ini bukan sekadar perjalanan melihat tempat-tempat baharu, tetapi juga perjalanan yang menambah rasa syukur, memperluaskan pandangan dan meninggalkan kenangan indah yang akan sentiasa terpahat di hati.
Akhir sebuah kembara, bermula semula sebuah kerinduan. Di antara penat dan rindu, kita lunaskan dahulu keletihan dengan tidur dan berehat sepanjang penerbangan. Jadinya, terjaga hanya untuk makan sahaja... ahaks! Hal ini disebabkan akibat pertukaran zon waktu, sudah tidak faham waktu siang atau malam ketika berada di angkasa lepas.
 |
| Madrid - Doha |
 |
| Ihsan AI jana semula gambar hidangan dalam Qatar Airways |
Hidangan kelas Ekonomi penerbangan Qatar Airways bagi laluan Madrid – Doha pada 12 Februari 2025 lengkap dengan hidangan utama terdiri daripada daging lembu rebus (
Braised Beef Stew) dalam kuah perang yang pekat. Ada kentang lenyek, sayur campuran rebus, iaitu lobak merah dan ubi kentang. Hidangan salad pula nampak berkrim dan jagung manis, kacang pea, kubis dan brokoli dengan sos mayonis.
Pencuci mulut terdiri dari kek coklat yang disalut dengan taburan crumble rangup di bahagian atas. Ada roti ban dan Amie minta jus oren.
 |
| Kudapan ringkas di awan, pengubat lapar sebelum mendarat. |
Selepas beberapa jam berada di udara, kru kabin menghidangkan kudapan ringan sebagai pengalas perut sebelum pesawat mendarat iaitu sekotak pastri. Amie minta minuman jus epal.
Satu pastri berperisa herba dan keju dengan taburan herba kering di atasnya, manakala satu lagi ialah pastri epal yang rangup di luar tetapi lembut dengan inti epal yang manis. Gabungan rasa masin dan manis menjadikan kudapan ini cukup mengenyangkan sementara menunggu waktu tiba di destinasi.
Eh, sebenarnya Amie keliru bagaimana boleh ada dua kotak pastri di hadapan mata! Seingat Amie sewaktu agihan makanan ringan, mata Amie sekejap terpejam, sekejap terbuka!
Sampai di Doha, kami tidak menunggu lama untuk sambung terbang ke Kuala Lumpur.
 |
| MAS - Doha ke Kuala Lumpur |
Hidangan sarapan dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Doha ke Kuala Lumpur lebih ringan tetapi lengkap dengan protein, karbohidrat dan buah-buahan.
Hidangan utama sosej ayam iaitu sosej putih yang dibumbui dengan herba, telur hancur, kentang panggang, labu panggang, batang asparagus putih dan bayam berkrim. Ada hirisan buah-buahan segar seperti tembikai susu, rock melon dan nanas. Tidak ketinggalan dilengkapi dengan yogurt jenama Rawa. Juga ada roti bun lembut.
Sambung tidur, sambung mimpi. Akhirnya sampai ke KLIA1.
Sayangnya tidak ada pula air panas untuk dibuat minuman! Kalau mahu juga kena tunggu setengah jam. Oooo.... begitu pula. Jadi kami pesan sahaja minuman sejuk dan sebungkus nasi lemak.
Tamak punya pasal, tak cukup sambal petai, minta tambah sambal udang pula. Oh, Malaysiaku! Walau di mana daku berada, nasi lemak tetap jadi pujaan... ahaks!
Sepanjang malam di KLIA2 kami tidur-tidur ayam sebab awal pagi hendak daftar masuk penerbangan ke Kota Kinabalu yang dijadualkan pada pukul 6:05 minit pagi. Jadi kami siap sedia mengambil wudhu' untuk solat subuh di dalam pesawat.
Selesai solat subuh, mata terus terlelap. Maklumlah tidak lena tidur di surau KLIA2 sebab takut terlewat bangun. Mimpi tertinggal kapal terbanglah. Macam-macamlah lagi.
 |
| AirAsia disubuh hari. |
Abang Farid tempahkan Ayam Panggang dengan Sos Lada Hitam tapi kita jamah sedikit sahaja dan sambung tidur, tersengguk-sengguk sampailah ke Kota Kinabalu.
Memandangkan kami akan sambung terbang ke LD pada pukul 1:40 petang, jadi kami buang-buang masa di Old Town White Coffee, cari alas perut.
Rindu betul hendak hirup minuman panas!
Ketika ini sempat memikirkan kenapa Bungkus Kaw Kaw perlu ambil masa setengah jam untuk dapat air panas?
 |
| Amie : Nasi Lemak |
 |
| Kamsiah : Kuey Teow Soup |
Alhamdulillah.
Pukul 1:40 kami berada di perut MASwings!
Pesawat mendarat di Lahad Datu Airport pada pukul 2:35 petang.
Home Sweet Home!
Terbayang capek nya kak Amie tiap travel, Krn hrs ke KK dulu baru KLIA. Pulangnya pun sama. Sayangnya penerbangan antarabangsa dari KK blm banyak ya kak. Kadang ini JD alasan saya juga tidak mau pindah ke Solo saat resign. Sebab berpikir kalau saya masih aktif traveling, akan susah utk pergi, Krn harus ke JKT lagi.
BalasPadamSedap2 masakan Qatar airways saat ke eropa. Kenapalah pas saya ke US naik Qatar, menunya kariiiii semua 🤣🤣. Dari awal pergi Ampe pulang. 😅😅.