Pages

Jumaat, 17 Julai 2026

Sate Pun Ada Adik Beradik Besar dan Kecil!

Bismillahirrahmanairrahim.
Pagi ini hendak kongsi cerita makan sate. Masih lagi cerita di Sandakan.  Selepas daftar masuk Ormond Hotel kami turun naik lift ke mall dan terus ke medan selera VWXYX yang berkonsepkan layan diri. Pesan makanan dan minuman dan cari meja makan sendiri. Encik Suami makan Nasi Ayam Hainan, Amie  hirup semangkuk Sup Jagung Daging sahaja. Sementara Firdaus memesan Mee Goreng Mamak dan beli minuman green tea.

Menu tambahan, 10 cucuk sate ayam dan dua cucuk sate peparu. Sate ayam harga RM1.50 secucuk dan sate peparu harga RM2.50 sen secucuk. Semuanya RM20.00.

Sate Ayam 10 cucuk : RM15.00.

Sate Peparu 2 cucuk - RM5.00.

Tiga cucuk sate ayam yang berbeza saiz.


Sewaktu makan sate, kami semua ketawa. Bukan kerana sate itu tidak sedap, tetapi kerana ada tiga cucuk sate dengan saiz yang berbeza membuatkan suasana makan yang santai menjadi lebih meriah kerana rasa lucu! 


Selepas difikirkan semula, mungkin peniaga menggunakan bahagian ayam yang berlainan. Ada yang besar, ada yang kecil. Mungkin juga bukan disengajakan. Tapi melihat hujung lidi sate yang hangus terbakar, rasanya tukang bakar sate atau peniaga sate pun tahu saiz sate memang tidak sama.

Oleh kerana perut masing-masing sudah kenyang dengan hidangan utama, jadi sate hanya dinikmati di akhir waktu. Serba-salah juga jadinya kalau hendak dipulangkan semula sebab kami sudah makan beberapa cucuk.

Lagi pula, sate-sate kenit nan kontot itu terletak di bawah sate saiz biasa.

Perbezaan saiz sate.

Walaupun kami tidak komplen, namun sebagai peniaga, eloklah setiap cucuk sate mempunyai saiz yang hampir sama. Kami bukan berkira sangat, tetapi apabila membeli mengikut bilangan cucuk, sudah tentu kami mengharapkan setiap cucuk memberikan nilai yang sepadan.

Oh, rupanya bukan tiga cucuk sate yang kontot, ada lagi satu cucuk terselit di bawah baki sate yang lain.

Sate kontot yang keempat.


Kami tidaklah terus menghukum sebelum tahu sebabnya. Tetapi sebagai peniaga, biarlah setiap cucuk sate berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Biar pelanggan pulang dengan perut kenyang dan hati pun senang.

Entri ini sekadar kongsi  cerita lucu dan bukan rungutan.

Nasib baik sate malam itu ada rasa. Cuma empat cucuk itu nampaknya sate untuk berdiet!

19 ulasan:

  1. aduhai tak syok nya bila jumpa peniaga macam ni..

    BalasPadam
  2. Lama tk mkn satay... Sedap tgk satay paru tu

    BalasPadam
  3. Wah saya memang suka satay tapi susah nak dapat yg sedap. Kadang orang ber niaga dah banyak sangat cucuk sate sampai tak perasan bentuk tidak sama

    BalasPadam
  4. mungkin juga peniaga tersilap ambil....sate size kecil mungkin beza harganya. Tapi tulah...wallahuahlam

    BalasPadam
  5. rasanya peniaga tu dah tahu pasal sate yang saiz kecil tu sebab di sorok belah bawah kot kak heheheh. Tapi itulah memang saiznya nampak beza betul kan tu.

    BalasPadam
  6. sate beza size harga sama musykil juga kan

    BalasPadam
  7. Salah cucuk agaknya tu. Harga sama je.

    BalasPadam
  8. Takpelah, kita fikir positif. Itu rezeki kita untuk hari tu. Harapnya dia insaf, jadilah peniaga yang jujur mencari rezeki yang berkat. Gurauan pengubat kecewa, kelakar pulak sate pun ada adik beradik kecil besar. hihi...

    BalasPadam
  9. Sate kontot pulak jadinya hihi...
    Sate paru tu nampak sedap Kak Amie

    BalasPadam
  10. Iya la terasa lucu pula lihat saiz sate yang berbeza-beza, nasib baik sedap ya Amie

    BalasPadam
  11. Alaaaaa dpt sate yg srkali ngap dah habis dlm mulut hehee...tp sedapnya sate. Adakah kena cr juga ni haha

    BalasPadam
  12. Setujuuuu. Sate harusnya sama tiap ukuran. Aneh pula kalau ada yg besar, ada yg kecil. Padahal harga sama. Kalaupun saat mencucuk daging ternyata potongan daging habis, ya jangan jual dengan harga yg sama 😂.

    Tapi dah laah, kita tak tahu alasan yg benar kan 😄.

    BalasPadam
  13. Baru makan sate juga husband craving haha

    BalasPadam
  14. kalau kena kat sy ni kak, sy snap gambar then ada masa pergi tanya balik kenapa sate jd mcm ni... kite berniaga kan jgn laa buat pembeli mcm ni...

    BalasPadam
  15. betul jugak tu.. kalau harga secucuk sate tu sama harga, patutnya saiz perlu samalah. kalau saya mesti akan komplen jugak. atleast tambahlah sate lebih kee sebagai menggantikan sate yg tak sama saiz tu.

    BalasPadam
  16. Lucu betul bila tengok gambar perbezaan saiz sate tu Kak Amie! Betul-betul macam adik-beradik besar dan kecil. Tapi kesian pulak kat 'sate kenit' tu, sekali ngap je terus hilang dari lidi. Nasib baik rasanya tetap sedap!

    BalasPadam
  17. Ingatkan isi sate tu tertanggal dari lidi tapi kalau tengom lidi yang geseng tu memang takde lah isi.

    BalasPadam
  18. Sebab sate memang lah favorite, terliur terus jadinya. Macam2 saiz nya ya

    BalasPadam