Bismillahirrahmanirrahim.
Kawan-kawan sarapan apa pagi ini?
Teringat minggu lepas, hari Ahad sewaktu kami berada di Tawau rasa teruja hendak sarapan nasi kuning yang viral di VTT. Beberapa kali jugalah Amie tonton untuk pastikan lokasi dan makanan yang ditawarkan. Pada mulanya berat juga rasa hati untuk mencari tempatnya sebab selalunya tempat-tempat makan viral ini indah khabar dari rupa. Tetapi kali ini seperti yakin penuh apa yang ditayangkan di VTT adalah benar belaka. Tak sabar hendak pilih pelbagai lauk yang disediakan. Lebih 12 jenis lauk yang dipaparkan. Selain nasi kuning ada nasi lemak juga. Tonton hidangan nasi lemaknya, terus rasa nak jilat bibir. Eh, cepatlah datang pagi Ahad!
Seawal pukul tujuh pagi, bergeraklah kami dari hotel ke tempat tersebut. Encik Suami memandu lebih kurang 15 minit. Sampai di lokasi, nampak sunyi sepi! Mana lauk-pauk dan pelanggan yang beratur seperti ditayangkan seperti dalam VTT?
Akhirnya kami masuklah ke tempat tersebut dan alangkah terkejutnya hanya ada sambal ikan dan ayam goreng! Dengan rasa kecewa, kami tinggalkan tempat itu. Ya Allah! Dari jauh datang untuk menjamu selera, sampai ke tempatnya seperti tipu-tipu saja. Bukan tak biasa makan nasi kuning tapi sesekali hendaklah merasa nasi kuning yang banyak pilihan lauk, lain dari kebiasaan. Eh, Malaslah nak ulas panjang!
Setelah berpusing-pusing mencari tempat sarapan, akhirnya Encik Suami berhenti di House of Nasi Kuning Tawau Restoran Haji Tamrin.
 |
| Nasi Kuning Lauk Sambal Ikan Tuna dengan Telur. |
 |
| Istimewanya nasi kuning di sini ada serondeng kelapa. |
 |
| Firdaus pilih lauk ayam goreng dan sambal telur. |
 |
| Set nasikuning dilengkapi dengansup kosong. |
 |
| Mee Tauhu |
Selain nasi kuning, Firdaus hendak makan Mee Tauhu. Dia minta telur mata. Sudah makan nasi kuning sambal telur, kali kedua makan Mee Tauhu Telur Mata pula.
 |
| Mee Tauhu Telur Mata |
 |
| Kuah berisi tauhu peneman Mee Tauhu. |
 |
| Hidangan Nasi Kuning dan Mee Tahu di House of Nasi Kuning Restoran Haji Tamrin. |
 |
| Sup kosong wajib ada! |
 |
| Lemon Sui |
Selalu juga kita pujuk hati janganlah terlalu percaya dengan kedai makan viral, tapi kita degil! Dah banyak kali kena tapi tak tahu taubat. Kan dah mendapat.... ahaks!
Lin ingat Pantai Timur aja yang ada nasi kuning, di Sabah pun ada ekk.. nampak menarikkk
BalasPadam