Pages

Khamis, 2 Julai 2026

Minum Petang di Restoran Al Falah Fouz Banana Leaf

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas menikmati segelas minuman serai kayu manis di Sepilok Forest Edge Resort, kami keluar ke bandar Sandakan dan singgah di Al Falah Fous Banana Leaf untuk minum petang merangkap makan malam. Menu yang dipilih tidaklah jenis berat, sekadar untuk alas perut sahaja. Sekiranya berasa lapar, nanti di resort kami akan memesan makanan di restoran. Tapi biasanya kami tidak makan melewati pukul enam petang.

Al Falah Fouz Banana Leaf menawarkan hidangan Aeab - India. Tahun lepas kami berdua dengan Encik Suami pernah makan di sini : Indian & Arabian Cuisine - Al Falah Fouz Banana Leaf.


Kami memesan:
  • Pani Puri
  • Beef Chapli Kebab
  • Tosei
  • Chicken Popcorn with Fries & Cheese
  • Lemon Madu Panas & Sejuk
  • Ice Blended Strawberry
Minuman Teh Pudina percuma sementara menunggu hidangan sampai.

Encik Suami - Lemon Madu Panas

Amie - Lemon Madu Sejuk

Firdaus - Ice Blended Strawberry

Encik Suami - Tosei

Firdaus - Chicken Popcorn with Fries & Cgeese

Amie - Pani Puri


Oleh kerana Firdaus pun hendak makan pani puri, jadi kami memesan dua set.

Beef Chapli Kebab

Mana kenyang makan pani puri! Jadi kita memesan Beef Chapli Kebab. 


Kita makan secubit kecil sahaja Beef Chapli Kebab ini dan kemudian minta bungkus untuk dibawa pulang. Kononnya akan dimakan ketika berada di Bilik Mata Kucing. Oleh kerana tidur awal, jadi terlupa untuk makan! Keesokan paginya Encik Suami kata Beef Chapli Kebab habis dimakan Firdaus. Tidak apalah. Lebih baik dimakan daripada terbiar basi hingga ke pagi dan membazir pula!

8 ulasan:

  1. Pani puri nih saya blm coba sampai skr. Sepertinya nanti di KL nak cari lah. Kalau JKT, tak banyak resto India, apalagi kedai mamak, tak adoooo 🤣🤣.

    Sukaaa menu2 seperti ini kak. Chapli itupun saya belum coba.

    Iyalah, bagus kalau firdaus habiskan chapli nya. Tak mubazir kan

    BalasPadam
  2. Subahanallah, hebatnya sajian..

    BalasPadam
  3. Pernah sekali duduk di Sepilok juga tapi lupa apa nama, ke dalam hutann.. masa tu ikut Tourism.. nasib makanan sana semua boleh makan.. sedap-sedap semua makan di sana

    BalasPadam
  4. Sedapnya semua tu kak... panipuri kalau dpt yg set sedap tu... memang sekali ngap tu je lahai. Mujurla Daus lapar dan makan chapli tu, kalau tak sayang basi pulak ye kak.

    BalasPadam
  5. Banyak juga hidangan di pesan tu. Kadang rasa penat kurang sikit nak makannya. Ada hikmahnya juga tak sempat makan malam, jadi hidangan makan pagi Firdaus.

    BalasPadam
  6. Semuanya nampak sedap. KSarie mungkin kena masuk blog Amie petang kot ye sebab banyak sangat gambar makanan yang menggoda😅

    BalasPadam
  7. aiseyy... nampaknya Chicken Popcorn tak cukup mengenyangkan Firdaus, mujur ada Kebab Chapli.

    BalasPadam
  8. pani puri tu smpai sekarang saya tak reti makan. beef chapli kebab nampak menggoda

    BalasPadam