Pages

Jumaat, 26 Jun 2026

Sup Ayam Pencen

Bismillahirrahmanirrahim.
Pada suatu petang, tak ingat apa nama harinya.... ahaks! Seperti biasa balik dari ladang tentulah penat dan hendak ngorok. Jadi, minta khidmat bakti slow cooker untuk renih dengan wap setengah ekor ayam pencen yang dibelah empat. Kita masukkan sebiji bawang besar belah empat, tujuh ulas bawang putih masukkan bulat-buat, white fungus, cendawan shiitake, lobak merah, kurma merah dan hirisan halia muda. Tekan butang 'high" dan kita tinggalkan untuk merehatkan diri.

Selepas solat asar kita pun masuk dapur semula sebab aroma Sup Ayam Pencen sudah memanggil-manggil. Cukuplah tiga jam dalam slow cooker dan ayam tua yang keras kematu tadi sudah empuk sempurna. Kita tambahkan perasa sahaja dan tak sabar dengan hirup kuahnya yang manis-manis manja oleh kurma merah.

Sup Ayam Pencen


Sup Ayam Pencen resipi janaan AI.

Kita dah selalu sangat kongsi resipi Sup Ayam Pencen sampai orang jemu....hiks! Kali ini minta kawan kesayangan ramai , ChatGPT untuk jana infografik resipi Sup Ayam Pencen. kalau ada salah silap, maafkanlah dia sebb dia pun banyak kawan lain nak dilayan.


Sup Ayam Pencen

11 ulasan:

  1. Saya pernah makan sekali jer ayam pencen, itu pun masa zaman kecil dulu. Nampak sedap, sup yang kak Amie masak ni. Nak masak pun senang, lebur semua dalam slow cooker ye, kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang masak dalam slow cooker, masuk sekali harung. Kita boleh berehat.

      Padam
  2. Tak payah masukkan air ye Kak Amie? Menarik betul buat sup ayam macam ni 😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti masuk air tapi jumlah air tak berkurang selama mana kita masak. Air jadi wap untuk bagi masak ayam tu.

      Padam
  3. amie masak macam dekat restoran...nampak mengiurkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Masak camoak-campak dan tinggalkan.

      Padam
  4. Tadi nampak macam SA masak sup kaki ni lagi lah ayam pencen buat masak ungkep pun sodap.

    BalasPadam
  5. Sedappnya hirup kuah panas2 tu

    BalasPadam
  6. Lamanya tak masak sup ayam pencen, suka betul sup ayam pencen ni dia punya bau sup dia sedap betul

    BalasPadam
  7. sedap nampak sup ayam pencen lama juga ambil masa masaknya

    BalasPadam