Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita dua hari lepas. Melihat Firdaus tidak berselera makan nasi lauk ikan goreng, kita pun cari alternatif untuk kembalikan seleranya. Balik dari ladang, singgah di pasar raya, ternampak tiga bekas berisi daging kambung segar. Kita capai satu, seberat 650 gram. Seperti biasa, sampai di rumah kita minta jasa baik slow cooker untuk masak perlahan daging kambing, ala-ala stew gitu.
Resipi Stew Kambing ala-ala Bosanski Lonac atau Periuk Bosnian ini Amie ambil dari entri lama di sini: Stew Daging Bosnia (Bosanski Lonac)
Hampir 10 tahun lalu, sewaktu Amie bersama Lucinda mengembara ke Bosnia & Herzegovina kami sempat menikmati makan malam di Nanina Kuhinja Restaurant. Bukan hanya sekali, tetapi dua kali kami makan di sini. Kali pertama Amie makan Bosanski Lonac sejenis masakan tradisional Bosnia iaitu rendidih daging lembu. Kali kedua datang Amie menikmati pula masakan Sarajevski Sahan. Amie juga berpeluang mencuba minuman ruza atau rose petal juice serta elder flower juice. Kedua-dua jenis minuman ini berbau harum dan sedap!
Kebetulan pula kami sambut Hari Raya Aidil Adha di Sarajevo.
| Stew Kambing ala Bosanski Lonac. |
| Roti Perancis |
Amie potong dan panggang roti Perancis. Mudah-mudahan dapat memancing selera Firdaus.
Alhamdulillah. Sebaik sahaja pulang dari sekolah, Firdaus terus masuk dapur dan tidak sabar-sabar hendak makan roti Perancis cicah Stew Kambing ala Bosanski Lonac.
Amie minta tolong chatGPT untuk hasilkan infografik resipi Bosanski Lonac di bawah ini.
| Resipi Bosanski Lonac |
Setiap pagi, sewaktu kami keluar dari tempat penginapan di Sarajevo kami dihidangkan dengan aroma stew Bosanski Lonac yang dibawa angin sejuk dari restoran berhampiran! Tak sangka, Amie berjaya kembalikan aroma yang sama di dapur sendiri.
sedapnya tgk stew kambing tu
BalasPadamtahniah Amie.. hebat betul lah...
BalasPadamNi bukan Firdaus je berselera, kami yang nengok pun rasa nak terkam😁
BalasPadamTengok resepinya nampak tak susah, tapi setelah dipotretkan nampak mewah betul menu ni. Menu sihat juga seperti yang tertulis di infografik.
Sedapnya la walaupun tengok gambar je.
BalasPadamjuicy betul! teringin nak rasa :D
BalasPadam