Pages

Selasa, 30 Jun 2026

Kepala Ikan Salmon Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita minggu lepas tapi baru sempat dijadikan entri. Kisahnya tentang resipi Ikan Kepala Ikan Salmon Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas.

Apa yang hendak Amie kongsikan sudah tentulah rasa kuah lemak cili padi yang sungguh enak! Gabungan rasa manis nanas, asam keping dan lemak santan kelapa yang menjadikan pedas cili padi menjadi seimbang membuatkan kita menambah-nambah kuah sehingga banjir dalam pinggan nasi!

Amie gunakan nanas masak. Kisar separuh bersama cili padi hijau, bawang putih dan bawang merah serta sedikit kunyit hidup. Masukkan juga dua helai daun kunyit yang disiat-siat ke dalam periuk . Aduhai... aroma daun kunyit memang menggoda!

Kepala Ikan Salmon Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas.


Infografik ChatGPT memang cantik tapi kadang-kadang perlu diedit agar resipi yang dimaksudkan tidak lari. Dalam resipi ini, Amie hendak betulkan sedikit. Amie kisar separuh nanas dengan cili padi hijau, kunyit, bawang merah dan bawang putih. Kemudian Amie didihkan bersama santan cair dan serai yang diketuk. Apabila sudah mendidih, Amie masukkan asam keping untuk rasa masam sebab nanas masak keluarkan rasa manis. Selepas itu bolehlah masukkan kepala ikan, daun kunyit dan lebihan hirisan nanas

Jadi apabila ditambah garam atau perasa, rasanya seimbang dan cukup sempurna. Pedas, masam, manis serta cukup rasa garamnya. Amie keluarkan asam keping yang sudah kembang dari periuk.

Kepala Ikan Salmon Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas.

Untuk aksesori tambahan, Amie masukkan beberapa biji tomato ceri dan sweet pepper. Biasanya kita akan tertarik dengan kepala ikannya, tetapi Amie terpikat dengan keduaa-duanya iaitu kepala ikan salmon dan kuah lemak cili padi!

1 ulasan:

  1. oh separuh nenas dikisar dgn bahan2 yg lain ya. unik betul resipi ni :D

    BalasPadam