Pages

Isnin, 29 Jun 2026

Jalan-Jalan Cari Kapurung di Sandakan

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita hari Sabtu lepas. Jalan-jalan cari makan tengah hari di Bandar Utama Batu 5 Sandakan. Kami singgah di Restoran Sukarasa. Mudah-mudahan ada kapurung di situ.

Alhamdulillah. Kapurung dicita, rezeki menjelma! Dapatlah menjamu selera dengan Set Kapurung Kuah Ikan.

Kapurung and The Gang.

Bismillah

Restoran Sukarasa

Set Kapurung Kuah Ikan

Sibuk merakam video sampai terlupa untuk ambil  gambar Set Kapurung Kuah Ikan. Jadi, pinjuam sahajalah gambar kapurung dalam FB Restoran Sukarasa. Set begini berharga RM22.50 sen. Boleh makan berdua. Selain ikan putih berkuah, ada sambal mangga, sayur kangkung dan sambal matah. 

Firdaus - Two Tone Tea

Firdaus - Nasi Ayam Buttermilk

Selera Firdaus sudah tentu tak sama dengan kami. Dipilihnya Nasi Ayam Buttermilk dengan minuman Two Tone Tea. Minumannya harga RM11.50 sen dan makanannya RM18.90 sen,


Amie cadangkan Encik Suami makan nasi lauk ikan goreng dan sayur bening bayam, tapi dipilihnya Set Nasi Latok Sotong, Tapi latoknya pula tiada dan digantikan dengan mangga. Set nasi ini datang bersama masak lemak rebung dan sambal kicap (gambar atas) serta sotong goreng salut tepung, hirisan mangga muda serta ulam timun, telur masin dan asam lada (gambar bawah). Set nasi Encik Suami berharga RM24.60 sen.

Encik Suami makan nasi dengan lauk ikan berkuah untuk kapurung. Amie dengan Firdaus meratah sotong goreng salut tepung Encik Suami sampai habis!


Kapurung

Firdaus dan Encik Suami bantu Amie makan kapurung sampai licin!

Alhamdulillah.

Habis licin!

Makan kapurung di Restoran Sukarasa.






5 ulasan:

  1. Kapurung licin, sotong goreng pun licin! Penyelamat betul bila ada lauk bertukar mangga muda & gandingan sotong goreng tepung tu. Firdaus pun pandai pilih menu, Nasi Ayam Buttermilk dengan Two Tone Tea tu memang nampak menggiurkan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Mesti sedap makanan di situ sampai licin Kak Amie sekeluarga makan. Harga pun sangat berpatutan 😄 kapurung tu macam linut dekat Sarawak la ye?

    BalasPadam
  3. Meriah, rambang mata nak pilih set yang mana. Semua nampak sedap dan sihat juga menunya

    BalasPadam
  4. Teringin nak makan kapurung tu. Nampak sedap pulak.

    BalasPadam
  5. Kapurung ni mcm singgang ke kak masakan nya?

    BalasPadam