Pages

Isnin, 29 Jun 2026

Jalan-Jalan Cari Kapurung di Sandakan

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita hari Sabtu lepas. Jalan-jalan cari makan tengah hari di Bandar Utama Batu 5 Sandakan. Kami singgah di Restoran Sukarasa. Mudah-mudahan ada kapurung di situ.

Alhamdulillah. Kapurung dicita, rezeki menjelma! Dapatlah menjamu selera dengan Set Kapurung Kuah Ikan.

Kapurung and The Gang.

Bismillah

Restoran Sukarasa

Set Kapurung Kuah Ikan

Sibuk merakam video sampai terlupa untuk ambil  gambar Set Kapurung Kuah Ikan. Jadi, pinjuam sahajalah gambar kapurung dalam FB Restoran Sukarasa. Set begini berharga RM22.50 sen. Boleh makan berdua. Selain ikan putih berkuah, ada sambal mangga, sayur kangkung dan sambal matah. 

Firdaus - Two Tone Tea

Firdaus - Nasi Ayam Buttermilk

Selera Firdaus sudah tentu tak sama dengan kami. Dipilihnya Nasi Ayam Buttermilk dengan minuman Two Tone Tea. Minumannya harga RM11.50 sen dan makanannya RM18.90 sen,


Amie cadangkan Encik Suami makan nasi lauk ikan goreng dan sayur bening bayam, tapi dipilihnya Set Nasi Latok Sotong, Tapi latoknya pula tiada dan digantikan dengan mangga. Set nasi ini datang bersama masak lemak rebung dan sambal kicap (gambar atas) serta sotong goreng salut tepung, hirisan mangga muda serta ulam timun, telur masin dan asam lada (gambar bawah). Set nasi Encik Suami berharga RM24.60 sen.

Encik Suami makan nasi dengan lauk ikan berkuah untuk kapurung. Amie dengan Firdaus meratah sotong goreng salut tepung Encik Suami sampai habis!


Kapurung

Firdaus dan Encik Suami bantu Amie makan kapurung sampai licin!

Alhamdulillah.

Habis licin!

Makan kapurung di Restoran Sukarasa.






25 ulasan:

  1. Kapurung licin, sotong goreng pun licin! Penyelamat betul bila ada lauk bertukar mangga muda & gandingan sotong goreng tepung tu. Firdaus pun pandai pilih menu, Nasi Ayam Buttermilk dengan Two Tone Tea tu memang nampak menggiurkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus memang suka Nasi Ayam Buttermilk.

      Padam
  2. Alhamdulillah. Mesti sedap makanan di situ sampai licin Kak Amie sekeluarga makan. Harga pun sangat berpatutan πŸ˜„ kapurung tu macam linut dekat Sarawak la ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lapar....jalan jauh dari LD ke Sandakan

      Padam
  3. Meriah, rambang mata nak pilih set yang mana. Semua nampak sedap dan sihat juga menunya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PH. Saya tetapjan hati nak rasa kapurung Sandakan.

      Padam
  4. Teringin nak makan kapurung tu. Nampak sedap pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi yang suka makan kapurung, memang rasa sedap. Yang tak biasa makan tu, tak tahulah hihihi.

      Padam
  5. Kapurung ni mcm singgang ke kak masakan nya?

    BalasPadam
  6. Sedap hingga licin. Banyak juga istilah masakan yang tidak ada Di semenanjung. Buat buku resepi sabah amie untuk koleksi masakan sabah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah uniknya, banyak kaum banyak makanan tradisionalnya.

      Padam
  7. Masuk blog Fanny ada Sukabumi...
    Masuk sini ada Sukarasa...

    BalasPadam
  8. Rindunga Kapurung...ambuyat....putu...latok & lainnya....
    Nak zikir lah....semoga Allah kirniakan rezeki lepas ni dapat ke LD🀲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum makanan tradisional ini pupus, kenalah makan selalu selagi ada.

      Padam
  9. ooo saya baru tahu kapurung dan ambuyat tu berbeza...bila la dapat jejak kaki ke sana ni teringin nak merasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kapurung dan ambulatory dari bahan yang sama, bentuknya yang berbeza. Kapurung biasanya dibentuk bulat-bulat kecil.

      Padam
  10. ALHAMDULILLAH LICIN SEMUA MENU SEDAP SGT TU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Perut yang lapar jadi kenyang.

      Padam
  11. set kapurung tu cikgu amie berjaya habiskan sorang ke? nampak banyak tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, taklah. Tak terbaca kot tulisan saya Firdaus dan Encik Suami vantu makan kapurung sampai licin🀭

      Padam
  12. kat mana agaknya sy boleh mkn kapurung kat KL ni yaaa

    BalasPadam
  13. Uwaaaah jadi ingat papeda dan ikan kuah kuningnyaaaa... Tp saya sampai skr pun blm pernah makan papeda πŸ˜…πŸ˜…. Papurung ini juga kliatan ENAAAAK kak. Kalau jumpa di KL nak cobalah. Tapi kayaknya susah yaa πŸ˜…πŸ˜…

    BalasPadam
  14. Bila lah dapat merasa kapurung ni. Sedapnya

    BalasPadam