Bismillahirrahmanirrahim.
Menu apa untyk hidangan keluarga di hari minggu?
Amie masak nasi lauk Sup Ikan Salmon dan Ayam Goreng Daun Kari. Sayurnya pula Pucuk dan Bunga Betik Tumis. Dilengkapi dengan sambal cili padi dan telur masin.
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
| Nasi Putih |
| Ayam Tangkap |
Ayam Goreng Daun Kari ini Amie ambil inspirasi dari menu Ayam Tangkap, hidangan terkenal di Acheh. Sekembalinya dari Acheh pada September 2025 lalu, Amie cuba masak sendiri. Memang sedap Ayam Tangkap ini. Tadi Amie tercari-cari resipinya dalam entri lepas tapi tak jumpa. Mungkin Amie tidak tulis 'Ayam Tangkap' untuk tajuk entri. Amie pun ingat-ingat lupa bahan perencahnya. Jadi Amie gunakan perencah sendiri untuk memerapnya. Ayam Goreng Daun Kari ini jadi rebutan Fairuz dan Firdaus.
Resipi Ayam Goreng Daun Kari
Bahan-bahan:
- 500 gram daging ayam bahagian sukuan peha - potong kecil
- 10 tangkai daun kari - lurutkan
- 1 helai daun pandan - potong kecil
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu kecil pes asam jawa
- 1 sudu besar jintan manis - tumbuk kasar
- 1 sudu besar ketumbar biji - tumbuk kasar
- garam / perasa pilihan
- minyak untuk menggoreng tenggelam
Bahan tumbuk lumat / kisar:
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 3 cm halia
Cara memasak:
- Gaul daging ayam dengan serbuk kunyit, garam, peas asam jawa, jintan manis, ketumbar dan bahan kisar.
- Perap seketika.
- Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan
- Sebelum ayam goreng diangkat, masukkan dauk kari dan daun pandan.
- Apabila daun kari dan daun pandan berubah warna, angkat bahan gorengan dan toskan.
| Pucuk dan Bunga Betik Tumis |
Resipi Sup Ikan Salmon ini Amie reka sendiri. Oleh kerana Encik Suami pesan kurangkan minyak dalam masakan, Amie tidak tumis bahan perencah sebaliknya Amie rebus semuanya. Seperti biasa, Amie akan masukkan tomato dan rebus terlebih dahulu bersama lobak merah sehingga tomato lembut dan mengeluarkan rasa sedikit masam manis serta warna. Untuk mengekalkan rasa manis ikan, Amie hanya bubuh sedikit sahaja pes asam jawa.
Resipi Sup Ikan Salmon
Bahan-bahan:
- 2 kepingan ikan salmon - potong ikut citarasa
- 2 biji tomato - potong 8
- 1/2 batang hirisan lobak merah
- 3 tongkol putik jagung - belah dua
- 1 batang saderi - potong kecil
- 1 sudu kecil pes asam jawa
- 700 ml air
- garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
- 1 sudu kecil lada putih
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 2 cm halia
Cara memasak:
- Jerang air dalam periuk.
- Masukkan bahan tumbuk, tomato dan lobak merah serta saderi.
- Biarkan sehingga mendidih lobak merah empuk dan tomato lembut.
- Masukkan pes asam jawaikan salmon dan putik jagung.
- Biarkan masak selama 2 minit sahaja kerana isi ikan salmon lembut dan cepat masak.
- Taburkab garam / perasa pilihan.
- Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
menu macam ni memang menyelerakan.
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki Allah.
PadamHarapnya terhasillah ayam goreng macam Akk utk menu dinner nanti hihi
BalasPadamIn syaa Allah. Sedap tu PH.
Padamsedap tgk sup ikan salmon..baisa salmon kita grill je
BalasPadamYa, ubah selera buat sup saja
Padamsedap semua menu tksh kongsi resipi
BalasPadamSama-sama kasih Kak PI.
PadamBoleh reka-reka sendiri resepi ni dah level lain ni!
BalasPadamYa, kita berkreativiti dalam masakan.
Padamsup ikan salmon ye. tak penah mencuba. selalu masak kari je. tp pucuk n bunga betik tu buat rasa teringin la pulak.
BalasPadamSedap juga salmon dimasak sup. Bunga betik pahit, tapi orang kata pahit-pahit ubat.
PadamSaya ikan salmon tak buat sup tapi grill je. Cantik betul warna-warni masakannya. Nampak menyelerakan.
BalasPadamYa, memang biasanya salmon digrill. Selain sup, saya pernah masak asam pedas salmon.
PadamSup kayangan digandingkan dengan sayur kampung.
BalasPadamAlhamdulillah. Menyelerakan! Hirup sup panas-panas.
Padambole la try resepi ayam goreng daun kari tu nanti
BalasPadamTry Afeezz, sedap tau!
Padamarwah mama dulu kalau goreng ayam pun gitu bahan-bahannya kecuali takde asam jawa dan daun pandan.
BalasPadamArwah MIL mesti bubuh asam jawa sikit sewaktu perap ayam goreng.
PadamAlhamdulilah menu yg nampak menyelerakan
BalasPadamAyam tangkap itu menu fav sayaaaa kalah ke restoran Aceh. Apalagi daun karinya suka saya makan begitu saja 😄.
BalasPadamAiiih liat sup salmon langsung kepengin saya. Biasa salmon masak grill macam steak. Ternyata menggoda juga dibuat sup begini 😍
Firdaus pun makan daun karinya tu.
PadamYa, creativity masak sup supaya Encik Suami tidak jemu dan berselera makan.
Sangat2 hebat sajian ..terbaik blog dapur Ami'e
BalasPadamTerima kasih.
PadamAlhamdulillah, syukur ya Allah.
rare sungguh sup salmon.. selalu masak kari atau grill black pepper je
BalasPadamAoabila kena jaga diet Encik Suami dan kurangkan minyak, maka muncullah sup salmon.
PadamPucuk dan Bunga Betik Tumis tu sedapnya walaupun tak pernah makan
BalasPadamPahit tu Mulan, tapi kalau biasa makan tak terasa sangat pahitnya.
Padamsihat2 menu ni. ayam tangkap tu, macam version ayam goreng berempah pun iye jugak :D
BalasPadamMenarik betul idea Kak Amie buat Sup Ikan Salmon tu. Biasa kita tengok orang grill atau goreng saja, tapi bila buat sup tanpa tumis macam ni, memang nampak lebih sihat dan 'clean'. Sesuai sangat untuk menu diet tapi tetap menyelerakan dengan rasa masam manis tomato tu..Bagus cara Kak Amie sesuaikan masakan untuk kesihatan Encik Suami. Teknik rebus semua bahan perencah sup tu memang cara terbaik untuk kurangkan minyak tanpa korbankan rasa. Kreatif sungguh Kak Amie dalam mempelbagaikan menu supaya tak jemu..
BalasPadam