Pages

Selasa, 19 Mei 2026

Sup Ayam Sihat dan Berkhasiat

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam semalam Fairuz minta tolong perapkan kambing, sayap ayam dan sosej. Katanya hendak bakar-bakar, makan bersama-sama kawan-kawan di tempat kerja. Banyak jugalah bahan yang diperap. Ada dua kilo setengah sayap ayam, 1.5 kilogram kambing dan dua paket sosej. 

Sebelum diperap, Encik Suami minta lima ketul sayap ayam. Agaknya Encik Suami teringin makan. Semenjak menjaga diet pemakanannya, kalau makan ayam, Encik Suami hanya makan bahagian dada sahaja. Itu pun dibuang kulitnya. Jadi, petang tadi kita masakkan sup sayap ayam untuk Encik Suami. 

Sebenarnya kita rasa kasihan melihat Encik Suami asyik makan ikan rebus dengan sayur sawi atau ayam rebus dengan sayur sawi sahaja. Untuk lebih meriah dan menambah rasa semula jadi, Amie pelbagaikan bahan sayuran yang sesuai dalam diet pemakanannya. Mengikut  'kajian' anak-anak yang menjadi sebahagian 'doktor' keluarga kami, memang ada makanan tertentu yang lebih sesuai untuk masalah jantung Encik Suami.

Jom lihat kemeriahan Sup Ayam yang Amie olah untuk dijadikan hidangan makan Encik Suami.

Sup Ayam

Warna kuah Sup Ayam tidak jernih kerana ditambah tomato dan ada hirisan halia muda yang nipis, boleh dikunyah Encik Suami sewaktu makan. Amie lebihkan bahan sayuran sebab Amie pun ikut makan juga... ahaks! Selain kentang, Amie bubuh lobak merah, brokoli dan putik jagung serta tomato kampung. Sayur sawi manis, wajib ada sebab itu sayur kegemarah Encik Suami.

Di bawah ini, Amie minta bantuan ChatGPT untuk menghasilkan infografik masakan Sup Ayam, olahan resipi sendiri.

Sup Ayam - ChatGPT

Hidangan Makan Tengah Hari / Malam

Amie sempat panggang ikan bolu, gorengkan Firdaus telur ikan dan buat sedikit kicap lada. Mungkin tak tahan hati, Encik Suami cubit juga ikan bolu panggang masuk dalam pinggan nasinya. Makanlah, janganlah ditahan-tahan keinginan untuk mencicipinya. Nanti boleh mendatangkan stres.... ahaks!

Ikan Bolu Panggang

Kicap Lada

Nasi Putih

Encik Suami bantu kaut nasi dari periuk. Penuh mangkuk berisi nasi. Ini mesti hendak menambah-nambah nasi... ahaks! Tambahlah nasi dalam pinggan. Makan lebih sedikit biar naik berat badan. Encik Suami nampak sangat kurus. Berat badannya hampir sama dengan berat badan kita!

16 ulasan:

  1. Menu yang super
    Sedap dan nikmat
    Ada kecap lada, tambah lezat

    BalasPadam
  2. Sup ayamnya meriah dengan sayur-sayuran. Memang betul2 sihat ni 👏🏻

    BalasPadam
  3. Ikan bakar pun makanan sihat juga, bolehlah cubit² buat raso² :)
    Meriah betul sup Kak Amie 😋

    BalasPadam
  4. Kami hidang nasi dalam periuk je. Hihi. Meriahnya sup ayam macam2 ada tu.

    BalasPadam
  5. Kesian lak baca ye kak, mesti suami akak pun dah bosan makan rebus, rebus dan sup je kan teringin makan yang ada bakar dan bersos. Tapi tengokkan sup ayam akak tu memang meriah betul, ratah begitu je pun sedap penuh dengan sayuran.

    BalasPadam
  6. tgk gambar pun dah macam sihat dah. sedap sgt.

    BalasPadam
  7. Sukanya tengok sup ayam akak.. Meriah dengan bahan..

    BalasPadam
  8. meriah sup ayam dengan sayur2an tu. itu sepatutnya sup sayur..

    BalasPadam
  9. menarik grafik chatgpt sedap sup ayam banyak sayur

    BalasPadam
  10. Suka sup ayam. Makan panas2 memang sedap.

    BalasPadam
  11. Menu yang sy hampir tak pernah masak, sup ayam, kecuali bila masak nasi ayam.

    BalasPadam
  12. Sedap dan meriah betul tengok sup ayam Kak Amie, penuh dengan warna-warni sayur-sayuran! Untung Encik Suami dapat isteri yang sangat prihatin dengan menu diet kesihatan jantung macam ni. Bila hidang makanan yang dimasak penuh kasih sayang, automatik hilang rasa jemu makan menu rebus-rebus kan.

    BalasPadam
  13. Makanan rebus berkuah begini saya selalu suka. Tak akan pernah bosan. Apalagi memang di usia skr dah lebih jaga makanan. Saya cheating hanya saat traveling 😄😄.

    Sedaap pun lihat aneka menu yg kak Amie buat ❤️❤️beruntung suami kakak, walaupun hrs makan yg rebus, tp menu yg dimasak tetap enak

    BalasPadam
  14. Kena tukar² menu kalau tak bosan juga nanti.

    BalasPadam
  15. gambar first tu mcm kat dalam packaging rencah sup ayam pulak. kalerful jee

    BalasPadam
  16. Ini adalah antara blog yang bila dibaca terus menjadi lapar

    BalasPadam