Pages

Sabtu, 9 Mei 2026

Selepas Brisk Walk, Jalan-Jalan Cari Sarapan

Bismillahirrahmanirrahim.
Hai kawan-kawan, apa cerita pagi ini? Semoga semuanya sihat dan ceria sepanjang hari.

Seawal pukul 5:20 pagi tadi Amie ikut Encik Suami brisk walk di Taman Bandar LD. Selesai brisk walk lebih kurang pukul 6:20 pagi, kami ke Darvel Bay. Kononnya hendak jalan-jalan cari sarapan. Encik Suami hendak makan bihun goreng putih. Kami singgah di salah sebuah restoran, dan ketika itu tukang masak sedang sibuk menyiapkan masakan. Jadi kami ambil makanan yang ada sahaja untuk alas perut.

Sementara menunggu bihun goreng putih siap dimasak, kami makan popia dan wantan goreng serta minum Lemon Panas Tanpa Gula.

Popia & Wantan Goreng

Lemon Panas Tanpa Gula


Bungkus sarapan bawa pulang.

Selesai alas perut, kami minta bungkuskan bihun goreng putih, bihun goreng kicap, tauhu dan sayur sumbat serta sekeping kek lobak merah untuk dibawa pulang. Bolehlah sambung sarapan di rumah.... ahaks!

Tauhu dan sayur sumbat.

Ayam Panggang

Sebelum masuk simpang ke rumah, singgah dahulu di Warung Al Iman. Beli seketul ayam panggang dan tauhu berlauk. Firdaus suka sangat makan tauhu berlauk. Belilah lima ketul.

Tauhu Berlaku

Memang sengaja beli pelbagai jenis makanan untuk sarapan. Mana tahu tengah hari nanti tak rajin nak masak, bolehlah habiskan baki sarapan yang ada.

Hari ini hendak merehatkan diri sahaja. Kepala rasa agak berat. Mungkin hendak kena selsema sebab kelmarin banyak sangat minum air sejuk!

14 ulasan:

  1. Meriah sarapan amie hari ini, sedap semuanya. Bab masak untuk lunch LZ pun masih takde idea.. Hujung minggu katakan, hehehe

    BalasPadam
  2. Menambah kalori yang hilang selepas bw

    BalasPadam
  3. Awalnya 6.20 dah briskwalk. Kat Semenanjung baru je subuh. Gelap lagi la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Ya, 6:20 dah selesai brisk walk.

      Padam
  4. Suka tengok pilihan sarapan yg dibeli, nampak menyelerakan dan pelbagai.

    BalasPadam
  5. sedap menu sarapan sekeluarga

    BalasPadam
  6. Makan begini saja confirm kenyang memang kak 😍. Langsung tak nak makan nasilah. Sayapun kdg kalau dah beli kue2 dan snack banyak begini, sampai malam pun makan ini🤣

    BalasPadam
  7. wahhh pagi2 pun dah ada jual kek ya kak...
    best juga tu...

    BalasPadam
  8. Tambah semula kalori yang hilang ye kak..seremban hujan setiap petang..x dapat SA nak briskwalk...

    BalasPadam
  9. Macam² ada kat restoren tu, siap ada carrot cake lagi.

    BalasPadam