Pages

Ahad, 17 Mei 2026

Sarapan Nasi Lauk Rendang Nasib

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu rakan-rakan blogger. Sarapan apa pagi ini? Semoga cukup tenaga untuk meneruskan aktiviti di hari minggu.

Malam tadi Encik Suami tanya, hendak ikut brisk walk tak pagi ini? Katanya kalau hendak ikut, kena bersiap sebelum pukul 5:20 pagi. Amie rasa macam malas jew .... ahaks!

Jadi, sementara menunggu Encik Suami pulang, Amie masuk dapur. Biasanya di hari minggu kami pergi pasar tani dan beli sarapan. Pagi ini sediakanlah sarapan di dapur sendiri sebab malas hendak ke pasar tani. Isshhh...issshhh asyik sebut malas saja!

Teringin pula hendak menyantap nasi panas! Macam hendak keluar menyangkul di kebun pulak dah. Kena isi perut kenyang-kenyang. Amie masak nasi dan panaskan rendang nasib yang sudah disejukbekukan. Untuk rasa lebih segar Amie tambahkan santan kelapa dan hiriskan daun kunyit.

Nasi Lauk Rendang Nasib

Menu Sarapan


Keladi Goreng Berempah

Amie goreng keladi, bubuh ketumbar dan jintan manis serta tabukan tepung serba guna. Teringat Bonda kata, keladi zaman sekarang tidak seperti keladi zaman dulu. Menurut Bonda, kalau dahulu cukup enam bulan, baru cabut atau tuai keladi. keladi zaman sekarang baru berumur empat bulan sudah dicabut isinya. Keladi belum matang sepenuhnya, kata Bonda. Rasanya tidak sekenyal dan seempuk keladi dulu-dulu.

Betul kata Bonda!
Kita yang hidup zaman keladi dulu-dulu pun dapat merasakan perbezaannya. Bukan saja keladi, pisang, nanas dan lain-lain pun  sama. Sekarang kalau beli, pisang dan nanas cepat buruk! Tidak tahan lama seperti zaman dulu.... ahaks! 

Adakah disebabkan cara penanamannya serta penggunaan baja kimia?

Cucur Udang Campur Jagung

Untuk Firdaus, Amie buatkan cucur udang campur jagung. 3/4 daripada hasil gorengan, masuk ke perut Firdaus seorang. Setelah Amie campurkan isi udang, jagung dan hirisan bawang baru perasan kehabisan tepung gandum. Tak sampai hati hendak suruh Encik Suami yang baru balik dari brisk walk beli di kedai. Jadi, Amie gunakan tepung serba guna. Oleh kerana sekadar untuk bagi lekat bahan-bahan adunan, jadi tidaklah timbul masalah kerana ketiadaan tepung gandum. Setelah ditambah dengan sebiji telur dan sedikit air, adunan tetap menjadi dan elok hasilnya setelah digoreng.

Rendang Nasib

Rendang Nasib ini  sedap kalau makan dengan nasi himpit. Tak ada nasi himpit, makan dengan nasi panas pun sedap! Pagi tadi jalan-jalan ke belakang rumah hendak petik cili putih. Rupanya cili putih tidaklah selama-lamanya putih! Cili warna putih itu hanyalah warna ketika masih muda. Cili putih berakhir dengan warna merah ketika sudah cukup tua! Jadi kita bubuhlah atas Rendang Nasib untuk kenang-kenangan.

Salad Campur

Untuk Encik Suami, Amie sediakan salad campur gabungan lettuce, limau, jagung dan tomato kampung. Amie rebuskan dua biji telur. Biasanya Encik Suami akan jadikan tiga biji bawang putih mentah sebagai ulam. Jadi, Amie kupaskan tiga ulas dan letak atas pinggan salad campur. Setiap pagi Encik Suami akan bersarapan bersama sesudu minyak zaitun.


Amie minum Lemon & Lime Twist Black Tea manakala Encik Suami minum Green Tea. Firdaus minum susu segar. Fairuz mungkin keletihan sebab dari hari Khamis ulang-alik ke Kota Kinabalu kemudian ke Tawau dan ke Kota Kinabalu lagi, kemudian ke Tawau semula. Malam tadi sampai ke LD, dan tidur di pejabat.


Selamat berhujung minggu!



13 ulasan:

  1. ni bukan sarapan kak... dah serupa makan tgh hari daa ni😁

    BalasPadam
  2. Selamat berhujung minggu Amie... Wah, menu sarapan Amie dah macam menu makan tengahari dah.

    BalasPadam
  3. Rendang nasib. Sedapnya makan dengan nasi. Rasa macam hari raya kalau makan rendang ni. 😋 Betul kak, pisang sekarang beli tak tahan lama. Cepat buruk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lama kagi tiba raya haji.
      Kan. Dulu pusang masak ranum sampai bau wangi. Tak cepat buruk pun.

      Padam
  4. selamat berhujung minggu amie malas masak menu penuh meja

    BalasPadam
  5. Sedapnya rendang nasib. Cie sarapan roti tampal cheese.

    BalasPadam
  6. Ami's memang pakar masak..blog lebih kepada sajian yang beraneka..hebat blog ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikgu.
      Suka masak saja, belum pakar lagi. Kena ambil kursus kulinari dulu hehehe.

      Padam
  7. ada beza rasa ke rendang nasib tu dgn rendang biasa? :O

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama saja rasanya. Bezanta rendang biasa gunakan daging tapi rendang nasib gunakan campuran bahagian daging, paru, limpa dan hati. Dipanggil rendang nasib sebab dikira nasib kalau tersenduk bahagian tertentu ketika makan.

      Padam