Pages

Khamis, 7 Mei 2026

Jom Berkenalan dengan Mee Tauhu Sabah

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada sekali Amie tulis entri tentang Mee Tauhu di sini:
Menu Mee Tauhu sangat terkenal di Sabah. Amie kurang pasti di mana keistimewaannya kerana ramai sungguh pelanggan yang datang ke mana-mana tempat makan yang menawarkan menu Mee Tauhu!

Hidangan Me Tauhu mengandungi mi kering (mi Sabah) yang digoreng, dan dihidangkan bersama kuah pekat warna perang yang mempunyai rasa manis dan savoury, mengandungi tauhu sumbat isi ikan. Selain tauhu, ada juga peria, terung dan lada sumbat bergantung permintaan pelanggan. Mi goreng tadi boleh ditambah telur mata juga.

Di Kota Kinabalu dan beberapa daerah lain, mee tauhu sering dijual di kedai kopi Cina Muslim atau gerai makanan tempatan. Rasanya lebih lembut dan tidak terlalu pedas, sesuai dimakan waktu sarapan atau makan malam.


Dalam gambar di atas, Amie bersama kawan-kawan sedang menikmati Mee Tauhu di Bandar I Peak, Lahad Datu. Restoran penuh dengan pelanggan dan dibuka tempat makan sampai di luar. Kami datang lebih kurang pukul lapan pagi, tetapi menu sumbat-sumbat seperti terung, peria, lada dan sebagainya sudah habis. Yang tinggal hanya tauhu sahaja, sesuai dengan nama menu Mee Tauhu.

Huurrmmm.... mana satu muka kartun Amie?


Setiap hidangan Mee Tauhu dilengkapi dengan sepiring mi goreng, semangkuk kuah pekat ada rasa taucu berisi tauhu lembut dan tauhu keras berinti isi ikan serta semangkuk kecil sambal serta limau kasturi.

Gambar sebenar Mee Tauhu.

Sarapan Mee Tauhu bersama Encik Suami.


Minggu lepas Amie bersama Encik Suami bersarapan di Restoran Mee Tauhu, Bandar I Peak. Datang pukul lapan pagi, tapi semua pilihan lauk sumbat-sumbat sudah habis, kecuali tauhu lembut @ putih dan tauhu keras  berinti isi ikan sahaja. Amie minta telur mata.

Seperti biasa,  restoran penuh sesak sehingga ke luar, dan tidak kurang ramainya pelanggan yang berbaris membeli untuk dibawa pulang!

Amie masih mencari rahsia apa istimewanya Mee Tauhu Sabah!
Mungkin disebabkan kuahnya, sebab apabila hendak makan tuangkan kuah di atas mi goreng yang kering tadi. Kuah yang pekat berisi tauhu lembut dan keras tadi memang mempunyai rasa tersendiri. Dan lebih enak dinikmati ketika masih panas!

28 ulasan:

  1. pernah rasa.. tapi x pandai makan kombinasi ni.. jadi saya makan mee tu dengan apa apa sambal yang ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru dua tiga kali belajar makan. Rupanya keunikannta terletak pada kuah dan tauhunya.

      Padam
  2. comel ja katun ai amie santap mi tauhu sedap sgt tu

    BalasPadam
  3. Aduhai...terliur SA tengok menu mee tauhu sabah ni kak..bila la dapat ke Sabah lagi JJCM plak...

    BalasPadam
  4. Pernah dua kali ke Sabah, tapi belum jumpa orang jual Mi Tauhu. Teringin jugak nak mencuba, saya suka makanan jenis mi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak restoran khas jual mi tauhu saja.

      Padam
  5. menjenguk amie...cantiknya blog amie......

    BalasPadam
  6. Menarik juga ni. Macam takde kot kat Semenanjung mi camni. Selalunya mi unik ni masakan cina.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ta, asalnya menu Cina tapi sekarang banyak owner orang tempatan.

      Padam
  7. Pertama kali tau pasal mee tauhu Sabah ni. Semoga berpeluang dapat merasa mee tauhu sebab saya peminat tauhu 😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama asalnya Mee Tauhu. Biasanya tertulis di papan tanda restoran perkataan Mee Tauhu. Banyak peminatnya.

      Padam
  8. Tak pernah jumpa, mgkn special menu Sabah ye Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga, sebab rata-rata tahu tentang Mee Tauhu.

      Padam
  9. Tak pernah jumpa Dan makan. Yang saya tahu goreng tahu cecah sambal kicap. Takde mee Dan kuah tahu.

    BalasPadam
  10. Macam mana rasa dia Amie.. Cuba describe sikit, ingin tahu juga..

    BalasPadam
  11. Kalau di sabah ada mi tauhu, kat sini ada mi tempe

    BalasPadam
  12. Pernah beli mee buatan orang Sabah..sedap agak manis dan lain dari yang lain..tapi lupa nak beli lepas tu..sekali ja tebeli hehehe

    BalasPadam
  13. Menarik 😍😍. Saya suka tahu, dan saya suka mie. Jadi kombinasi ini memang tak mungkin saya tolak . Alahai, kapan lah saya sempat ke Sabah Sarawak ya kak Amie 😅. Memang teringin sangat nak eksplor kuliner di sana

    BalasPadam
  14. Muka kartun Kak Amie depan kiri tu eh
    Nampak macam mee kicap Chinese style.

    BalasPadam
  15. Pertama kali tahu tentang Mi Tauhu ni, Kak Amie. Tengok gambar macam biasa tengok cara hidangan mi macam ni seperti mi wantan dan mi ayam (Indonesia).

    BalasPadam
  16. dua kali pergi sabah, tapi belum pernah dengar mi tauhu.. biasa dimakan utk sarapan ye?
    saya kalau sarapan di sabah tu asyik2 jumpa nasi kuning je. banyak lagi makanan sabah yg tak familiar ni hehe

    BalasPadam
  17. sedapnyer makan mee tauhu sabah baitu., nyum2

    BalasPadam
  18. kat area tu hanya ada sebuah je ke kak yg jual mi tauhu ni? cpt betul dah habis...

    BalasPadam
  19. Mcm mee kicap...tapi ni mcm best lagi..

    BalasPadam