Pages

Selasa, 19 Mei 2026

Jalan-Jalan Cari Alas Perut

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya kalau ada kelas tambahan atau latihan sukan di padang, Amie hanya cari makanan yang agak ringan sekadar untuk alas perut sahaja. Kadang-kadang singgah cari bihun sup di kedai makan berhampiran ladang. Encik Suami sudah semestinya hanya memilih masakan bersup ringan sahaja. Amie ikutkan sahajalah seleranya.

Encik Suami tidak akan tambah sambal dalam mangkuk supnya!
Amie akan tambah sambal lebih-lebih. Selalunya Encik Suami akan memesan dua gelas Chinese Tea Panas. Jadi, kalau rasa pedas, memang Amie terus hirup Chinese Tea Panas sampai rasa nak menggigil dan meleleh air mata. Dua tiga saat selepas itu, hilanglah pedasnya.

AI - ChatGPT

Inilah Mix Soto pelbagai aksesori yang selalu kami santap! Terima kasih ChatGPT sebab tolong buatkan infografik tentang Mix Soto.

Bihun Sup Ikan Segar

Kadang-kadang kami makan bihun sup ikan. Encik Suami akan pilih sup ikan segar manakala Amie pilih sup ikan goreng.

Encik Suami - Bihun Sup Ikan Kerapu Segar

Bihun Sup Ikan Kerapu Goreng

Amie - Bihun Sup Ikan Kerapu Goreng


Kalau makan mix soto, boleh add on aksesori yang kita gemari. Kalau hendak makan bihun sup dengan isi siput kahanga atau udang banyaklah seafood itu dalam mangkuk. Kalau hendak campur, pilihlah mana yang kita suka.

Mix Soto banyak pilihan - ChatGPT


Biasanya Amie ambil yang ada daging.


Ini isi siput kahanga yang lembut.

Istimewanya di sini bebola udang diperbuat dari udang segar.

Dua mangkuk Mix Soto bersama Nasi Ayam Geprek dan Wantan Goreng Inti Udang Segar.

Hari Sabtu lepas, selepas aktiviti kokurikulum kami makan bersama Firdaus. Apabila ada Firdaus, lain sikitlah menu kami. Sudah tentu Firdaus memesan Nasi Ayam Geprek dan Wantan Goreng Inti Udang segar. Kami berdua makan mix soto.


Apabila balik dari kelas tambahan, Amie minta Encik Suami belikan sekeping Roti Inti Ayam di Chinese Muslim Food. Biasanya Amie makan dalam kereta, dalam perjalanan pulang ke rumah.

Roti Inti Ayam


Petang ini ada latihan sukan di padang. Bermula esok ladang kami akan mengadakan KOT (Kejohanan Olahraga Tahunan selama tiga hari). Jadinya, Amie minta Encik Suami belikan Roti Inti Ayam buat alas perut sebelum ke padang. Amie minta belikan sekeping saja. Encik Suami tanya, cukupkah makan sekeping? Amie kata cukup. Encik Suami tidak mahu makan, sebab berminyak katanya.

Eh, dibelikannya dua keping!

Padat isi Roti Inti Ayam!

Sampai di rumah, hujan turun pula. Langit mendung! Nampaknya tidak jadilah hendak ke padang sebab hujan. Alhamdulillah. Turunlah hujan sampai ke senja supaya boleh meneruskan kerja menanda kertas Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik. Ada empat kelas tingkatan lima lagi yang belum selesai ditanda.

Cucur Udang Campur Jagung - kudapan minggu lepas.

Selepas asar nanti rasanya hendak masuk dapur. Teringin pula makan  cucur udang campur jagung. Ada baki isi udang segar dan jagung dalam tin. Minggu lepas tak puas makan sebab Firdaus habiskan goreng cucur. Kita dapat dua tiga ketul saja. Teringat dda empat keping tauhu putih. Bolehlah dibuat tauhu sumbat yang tak payah disumbat... ahaks! Sebelu itu Amie buat tauhu sumbat kuah sos lada, kemudian gunakan kuah kacang pula. Petang ini tak tahu hendak siram tauhu dengan apa pula!

Tauhu Sumbat Yang Tak Tersumbat - kudapan minggu lepas.


5 ulasan:

  1. WAh makin teror akak mengchatgpt gambar ya.... mana la nak jumpa sup ikan macam tempat akak tu ye kt sini

    BalasPadam
  2. semuanyaaaa sedaaaapp, mieja tergoda hahhahahhaha

    BalasPadam
  3. Uwaaaaah sop nyaaa 😍😍😍. Meriaaah memang isinya kalau mix begitu kak.

    Sayapun kalau makann berkuah begini LBH suka pedas lah. Apalagi makan panas2. Memang keringat keluar, tp badan jadi segar.

    Tak payah pakai nasi, itu sajapun dah kenyang

    BalasPadam
  4. Sedapnya semua tu. Tengok sambil telan air liur jela ni.

    BalasPadam
  5. Nasib baik singgah baca blog Kak Amie ni sebelah malam sebab siang tadi berpuasa, boleh tercabar iman dibuatnya 😅

    BalasPadam